Saturday, August 09, 2014
jodoh

Dah Jumpa Pasangan 20 Tahun Lepas - Pernahkah anda terfikir, jika anda dan pasangan anda sebenarnya pernah bersua sebelum ini, sebelum anda berdua dipertemukan secara 'rasmi'?

Takdir adakalanya sangat pelik dan sukar untuk dipercayai. Tetapi ia juga menunjukkan betapa Tuhan itu sangat berkuasa menentukan sesuatu.

Bagi pasangan Aimee Maiden dan Nick Wheeler, apa yang mereka temui ketika menyelongkar gambar-gambar lama di rumah keluarga Nick, adalah sukar dipercayai. Sekeping gambar bertarikh tahun 1994, memperlihatkan Nick bersama kakak dan sepupunya membina bot pasir di tepi pantai. Yang mengejutkan ialah apabila dalam gambar tersebut turut secara tidak sengaja menangkap 'moment' Aimee yang berada di belakang, bermain bersama keluarganya.

Lebih menarik, Nick bukanlah berasal dari kawasan berdekatan, sebaliknya ke pantai tersebut bersama keluarga untuk bercuti.

Pasangan ini bertemu secara rasmi di kolej, dan berkahwin kira-kira dua dekad selepas gambar berkenaan diambil.

Perkara yang sama terjadi pasangan Alex dan Donna Voutsinas. Sekeping gambar yang diambil pada tahun 1980, kira-kira 15 tahun sebelum mereka berkenalan, menunjukkan Donna dan keluarganya bergambar bersama satu maskot, dan Alex sedang ditolak dalam 'stroller' di belakang. Seperti juga pasangan Nick dan Aimee, keduanya tinggal di kawasan yang berlainan.

jodoh


Fate is definitely a wonder. 

p/s: Mungkin 10 atau 20 tahun lagi, photobomb sebegini bukan lagi sesuatu yang pelik. Dengan pelbagai alat yang dicipta, termasuklah kegilaan manusia terhadap selfie dan monopod, rasanya tak mustahillah anda 'tertangkap' gambar bakal pasangan anda yang mungkin buat masa ini, belum anda kenal. Yalah, kalau dah sampai ke kubur pun selfie, manalah tahu si dia pun ada di situ ketika anda ambil gambar. Hek hek hek 

0 comments:

Post a Comment