Budak 8 Tahun Mati Didera Ibu Tiri Hanya Kerana Biskut (2 Gambar)

Budak 8 Tahun Mati Didera Ibu Tiri Gara-Gara Biskut (2 gambar)

Roua, 8 tahun

Budak 8 Tahun Mati Didera Ibu Tiri Hanya Kerana Biskut (2 Gambar) | Riyadh: Seorang wanita mendera anak tirinya yang berusia lapan tahun hingga mati semata-mata kerana biskut.

Polis menahan wanita berkenaan, Kolthoum, selepas doktor mengesahkan anak tirinya, Roua, mati kerana cedera terus akibat didera.

Abang Roua, Ahmed, 11, juga dipukul wanita itu selepas mencuri biskut tetapi dia berjaya diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital.

Di hospital, Ahmed berkata, dia dan adiknya mengambil beberapa keping biskut disebabkan tidak boleh tidur kerana lapar.


Ahmed, 11 tahun

Keesokannya, ibu tiri mereka menyerbu bilik mereka selepas mendapati biskut itu hilang.

Wanita itu mengarahkan kedua-dua beradik itu mengelilingi kawasan belakang rumah tanpa memakai kasut ketika panas terik.

Ahmed dan Roua kemudian diarah berdiri satu kaki tetapi kanak-kanak perempuan itu tidak berdaya lalu rebah.

Budak 8 Tahun Mati Didera Ibu Tiri Hanya Kerana Biskut (2 Gambar) Budak 8 Tahun Mati Didera Ibu Tiri Hanya Kerana Biskut (2 Gambar) Reviewed by Unknown on Thursday, August 28, 2014 Rating: 5

No comments