Beg Misteri Berisi Mayat Wanita Mengandung (5 Gambar)

Beg Misteri Berisi Mayat Wanita Mengandung (5 Gambar) http://apahell.blogspot.com/2014/08/beg-misteri-berisi-mayat-wanita.html

Beg Misteri Berisi Mayat Wanita Mengandung (5 Gambar) | MAYAT seorang perempuan dipercayai warga asing dalam lingkungan umur 20-an ditemui mati dibunuh dengan kejam sebelum disumbat ke dalam beg pakaian dan dicampak ke longkang di Taman Jaya,Gemas Negeri Sembilan.

Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan,mangsa didapati mengandung dan punca kejadian sedang disiasat. Mayat telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

“Beg berkenaan merupakan beg melancong dengan saiz kira-kira dua kaki. Beg berkenaan dikunci dengan sebuah ‘mangga', berzip dan diikat dengan tali.

“Berdasarkan penelitian awal, mayat tidak mempunyai suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).

"Malah, terdapat kesan luka di bahagian dahi sepanjang enam sentimeter dipercayai disebabkan hentakan kuat oleh senjata tumpul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, hari ini.

Beg Misteri Berisi Mayat Wanita Mengandung (5 Gambar)

Menurutnya lagi, terdapat beberapa helai baju ditemui di dalam beg berkenaan dan mayat berkenaan juga lengkap berkaian t-shirt bergambar Mickey Mouse serta berseluar berwarna biru.

“Kita tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri dan kita jangka mangsa mati tidak lebih 48jam berdasarkan keadaan mayat.

“Bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan dan mayat akan di hantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat.

“Buat masa ini, kita seru kepada mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan untuk tampil kehadapan bagi proses pengecaman mayat.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 



Beg Misteri Berisi Mayat Wanita Mengandung (5 Gambar)

Sumber : Daily Traffic Report

Beg Misteri Berisi Mayat Wanita Mengandung (5 Gambar) Beg Misteri Berisi Mayat Wanita Mengandung (5 Gambar) Reviewed by Unknown on Monday, August 25, 2014 Rating: 5

3 comments