Tuesday, July 08, 2014
44
Masjid Dipendalaman Sabah Tidak Diazankan Sejak 1996 (5 Gambar)


Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14
SEJAK 1996 MASJID INI TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan

KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS.. SAUDARA KITA LUPAKAN

Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat Islam di pedalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.

Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yang banyak menghabiskan masa berkorban di jalan Allah dan jemaah Doktor Rosmadi sekarang sedang bergerak selama 40 hari di Sandakan.

Solat sunat masjid sabah

Ceritanya, “Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak samun sejauh kira-kira 70m dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak.

“Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.”

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan utk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama Islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di kampung Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di kampung Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih missionary (pendakyah) Kristian yang bermati-matian melakukan proses kristianisasi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.

Dakyah missionary ini paling kuat. Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon, kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah. 3T tersebut ialah Telupid, Tongod, Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di kampung Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.

Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya seruan bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku dalam kalangan ummat Islam jika setiap ummat Islam menjadikan diri mereka dae'i ".

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw iaitu Sayyiduna Abdullah B. Huzafah r.hu yang mempertahankan keimananya dari seruan kemurtadan walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu-bulu di badanku, nescaya akan aku korbankan satu persatu untuk agama Allah'. Boleh rujuk kisah beliau dalam Hayatush Sahabah, jilid 2.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat sebagai Dae'i.. InsyaAllah.

Coretan dari Dr. Rosmadi Nawi dan hasil suntingan oleh saya (Anak Pendang Sekeluarga)






Masjid Dipendalaman Sabah Tidak Diazankan Sejak 1996 solat sunat

masjid di sabah ditinggalkan penduduk kerana murtad

jemaah dr di sabah


P/s : Dengan pendedahan ini, jangan tunding jari lagi mencari salah siapa, apa sumbangan kita selama ini, muhasabah diri lebih baik dari mengeji orang lain. :)

44 comments:

  1. sangat menyedihkan.. dan sangat teruja. betul kata penulis.. persoalannya, apakah yang telah kita sumbangkan kepada islam? adakah kita dapat menjadi daie yang benar? yang pasti, kita semua akan ditanya di akhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous08 July, 2014

      Amat menyedihkan

      Delete
    2. assalam.... kan kita sudah menyumbang utk islam... tiap tiap tahun kita bayar zakat.... kemana wang zakat ratusan juta itu dibalanjakan.... zakat itu amanah utk saudara2 kita yg memerlukan...zakat juga harus diagihkan utk pendakwah2 islam supaya mereka tidak kehabisan dana semasa berdakwah... tiap tahun je kita dengar wang zakat dilesapkan.... jawablah kau penegang amanah yg khianat dihadapan ALLAH esok....

      Delete
    3. assalam..... kan kita sudah menyumbang..... tiap2 tahun kita bayar zakat..... kemana wang zakat ratusan juta itu diagihkan setiap tahun..... zakat itu kan amanah utk saudara2 kita yg memerlukan... zakat juga harus diagihkan utk pendakwah2 ISLAM supaya mereka tidak kehabisan dana semasa berdakwah... yg harus menjawab dihadapan ALLAH kelak pemegan amanah yg khianat.... tiap2 tahun e kita dengar wang zakat dilesapkan......

      Delete
  2. Anonymous08 July, 2014

    dakwah islam boleh sampai kepada mereka di pendalaman sabah; pendakwah cuma tekankan halal dan haram dalam islam. akan tetapi perlu diingat mereka mereka ini masih pegang kuat dengan ilmu datuk nenek mereka iaitu memuja makhluk halus, mereka susah untuk memuja makhluk halus sekiranya dalam islam. kalau mereka keluar islam mereka muda dengan pemujaan itu.
    ada terjadi satu kisah seorang ustaz lulusan al-azhar tinggal di sabah selama 5 tahun dan bila balik ke semenanjung ustaz itu telah menjadi murtad tersembunyi sebab membuat kerja jahat menyihir orang.

    ReplyDelete
  3. ;( bilamana agama diletakkan dibelakang dunia...mnusia mudah ditipu n dpergunakan oleh agama lain...moga dgn asbab gerakan jemaah tabligh INI menjadi asbab tersebarnye agama Allah swt ...aminn,ya Allah ya tuhanku,kau maafkan segala kekuranagn diri INI kerana aq hnya mampu melihat agamaMu jatuh...kuatkan diri INI ya allah ..berilah jemaah ITU kekkuatn mbawa seruan agamaMu

    ReplyDelete
  4. Anonymous08 July, 2014

    Dalam isu pengemis, soal murtad juga salah satu motivasi disebalik penentangan kepada larangan bersedekah dan mendekati golongan fakir.

    Isu artikel ini di luar bandar, isu pengemis (lebih pada isu gelandangan) adalah isu di kota.

    Pihak pendakwah kristian juga sudah lama mendekati kaum fakir di kota, apa yang berlaku dengan dapur-dapur jalanan adalah reaksi orang Islam untuk menandingi mereka.

    Harap maklum dan dapat memahami perspektif kota juga.

    ReplyDelete
  5. Di sabah ni susah klu d pedalaman...misionary selalu ulangalik..gereja setiap km ada

    ReplyDelete
  6. Segelintir Pendakwah yg diamanahkan dan dibayar gaji tak mau meninggalkan pejabat yg sejuk dan tak mahu menjalani kehidupan yg sukar. Maka inilah jadi....
    Amat setuju dgn pandangan anonymous 8 jul. Tahniah dan syabas kpd Tim Doktor dlm membongkar kelemahan dan jesilapan umat islam dewasa ini.

    ReplyDelete
  7. ya Allah ape yg jabatan agama islam lakukan....sedihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous08 July, 2014

      Apa yang kamu lakukan??

      Delete
    2. Anonymous09 July, 2014

      good question....typical Muslim dlm Malaysia nih...slhkan org lain sdgkan tnggjwb dlm pendkwahan adalah tnggungjwb kita semua sbg khalifah dimuka bumi....bkn org kt jbtn agama jek....bila ditimpa musibah....slh jbtn itu ini...apa sumbgn kita? hanya keyboard warrior mencari slh org

      Delete
    3. Anonymous09 July, 2014

      Menegur pihak berwajib laa

      Delete
    4. Anonymous09 July, 2014

      Setiap orang islam adalah pihak berkewajiban berdakwah amal maaruf nahi mungkar

      Delete
  8. Anonymous08 July, 2014

    Macam mana Pakistani sampai disitu.. projeck IC oleh mamak kutty kan.. nak bagi bilangan muslim banyak kan.. jadi terpaksa bawa semua pengganas dari negara-negara muslim.. memalukan saje.. pptuiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous08 July, 2014

      Kamu lagi memalukan, mengutuk mengeji dah jadi darah daging... Kesian...

      Delete
    2. Anonymous08 July, 2014

      Contoh umat Islam yg memalukan banyak dapat dilihat dari komen2 di atas..
      Cukup2 lah...
      Sudah2 lah. ..
      Sampai bila nak salahkan org lain?
      Adakah selesai masalah jika terus menerus salahkan pihak lain?

      Pikir2 kan...

      Delete
    3. Apa yang umat islam perlukan bukannya ramai , tapi redha Allah swt.

      Delete
    4. Anonymous09 July, 2014

      keyboard warrior mmg mcm tuh...org mcm nilah yg jd penyebab ramai menjauhkan diri Dari Islam....teladan yg buruk ditunjukkan..Islam agama indah tapi dipandng buruk dgn wujudnya sikap org melayu yg suka menghina dn memburukkan org lain

      Delete
    5. Anonymous09 July, 2014

      Yg ramai komen negatif nih...kenapa xsalahkan diri sendiri kerana tidal mnjalankan tanggungjwb sbg khalifah Allah dibumi ini...tak layak?...sbb kita sndiri yg tunjuk sikap negatif pd org ramai dlm terus mncari slh org pdhal diri sendiri pn salah..takda pn dlm Islam ckp pendakwahan hanya perlu dilkukan oleh Ustaz n Ustazah jek....kita semua yg tanggung semua nih....bkn ustaz ustazah sajaj.....

      Delete
    6. Anonymous09 July, 2014

      Kau hanya menuduh tanpa bukti. Mungkin org Pakistan tu tinggal di sana utk berniaga mmc di Semananjung. Masa aku bertugas di Sabah aku juga jumpa mereka2 ni tapi belum tentu mereka jadi rakyat Msia. Jd sebelum nak ludah org lain ludah diri sendiri dulu apa yg telah kau buat .

      Delete
    7. Anonymous09 July, 2014

      kalau mereka bukan rakyat malaysia yang sah kenapa bebas berkeliaran merata-rata tempat..? ini tidak seharusnya berlaku..apa tujuan mereka datang ke sabah? mereka datang sebagai pelancong@pelawat bole kah dibenar untuk berniaga..ini semua PENIPU saja!! nti mereka sebarkan fahaman militan siapa yg mo bertanggungjawab..???!!!

      Delete
  9. Astagfirullah al azim..

    ReplyDelete
  10. Anonymous09 July, 2014

    typical Malay thinking....ni carik salah org sdgkan diri sendiri tuh Islam...dlm Islam semua adalah kalifah Allah....jd tugas kita semua untuk pertahankan Islam...bukan tugas ustaz jek....knp xsalahkan diri sendiri yg juga duk opis dlm aircond yg hanya hebat jd keyboard warrior...oh.. susah past I jwpn diberi...Aku bkn ustaz....confirm lps nih lg ramai murtad bila tugas mendkwah dilpskan saja kepada org lain....

    ReplyDelete
  11. Anonymous09 July, 2014

    Bkn nk salahkn sesiapa sepatutnye jabatan agama islam sabah kena pantau.....
    org kampung situ yg masih islam patut ngadu hal ini dr awal lg pd jabatan agama....

    ReplyDelete
  12. Anonymous09 July, 2014

    Mereka masuk Islam dulu pun Tanpa kefahaman Dan keimanan, lantas mudah murtad.
    Masjid terbiar di tengah2 hutan tak boleh terus ditafsirkan semua orang murtad! Jgn dengar2 aje. Pi Cari mereka yg murtad & temuduga mereka. Baru cerita camtu Ada kredibiliti. Yg skrg ni, interbiu paki aje

    ReplyDelete
  13. Anonymous09 July, 2014

    Kalau asyik tanya apa yg kita lakukan bila nk selesainya masalah.. dh ada pihak berwajib yg penuh dgn kemudahan dan amanah utk menjalankan tugasnya.. kita rakyat marhaen takan nk bergegas ke sana nk berdakwah.. takat bg derma dgn teguran boleh la

    ReplyDelete
  14. Anonymous09 July, 2014

    Sgt mydihkn ;-( ;(( kita sbg umat Islam adlh brsaudara, jd tdk prlulh kita brgaduh utk hal2 spt ini . sbliknya lbh baik kits brpakat utk mgjukn cdgn/lgkh pylsaian dn aduan ttg prkr ini kpd pihk brkuasa . ttg hal zakat tu , usahlh kita lokek mmbri lgpun utk kbaikn saudara seagama kita jg . klu kita nk pstikn zakat itu bnr2 dtrima saudara kita , APA slhnya kita ikut mrk prgi bg zakat tu d sna . buatlh program2 mcm tu , bkn shj kita dpt pstikn mrk bg zkt kpd saudara kita atau tdk , mlh kita pun dpt phla lg klu niat baik n ikhlas krn Allah .

    ReplyDelete
  15. Anonymous09 July, 2014

    Mana dia org islam yg dikatakan lebih islam dari org lain. Kalau berceramah berapi2 menghina dan mengutuk. Ini apa dh jadi

    ReplyDelete
  16. Kita kan banyak peneceramah yang hebat seperti Qzhar idrus dll

    ReplyDelete
  17. Anonymous09 July, 2014

    amat² terkesan..dahsyatnya dakyah mereka dn lemahnya fakwah kita..

    ReplyDelete
  18. Islam is RAHMATIN LIL ALAMIN

    ReplyDelete
  19. Anonymous09 July, 2014

    diharap pendakwah, ulama dan ustaz di sabah bangun dari tidur dan keluar ke pelusuk kampung dan hutan bertemu berdakwah......tak payah harap duit or upah.......laksana je dengan ihklas kerana Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous09 July, 2014

      Syukur alhamdulillah..
      Terima kasih Dr.
      Kerana mengingatkan semula.
      Sudah menjadi tanggungjawab kita ingat-mengingati kejalan di redhai.

      Delete
  20. Anonymous09 July, 2014

    Maksud dakwah= mengajak diri sendiri dan org lain utk mentaati Allah..ingat! kita AJAK bukan AJAR..kerana itu SETIAP org islam kena buat dakwah...kalau tidak, kita akan didakyahkan oleh org kafir.

    Maksud khalifah= org yg bkn nabi membuat kerja nabi ( iaitu dakwah ) di zaman ketiadaan nabi.

    Oleh kerana kita umat akhir zaman dan tiada lagi nabi slps nabi muhammad saw...maka Allah telah perintahkan kita utk smbung kerja ini hingga hari kiamat.
    kerana kerja dakwah ini lah kita diberi gelaran 'sebaik-baik umat' yg tidak diberi kpd umat sblm ini.

    Kerana itu SETIAP org islam kena buat dakwah utk sebarkan agama.

    Apabila kemurtadan berlaku..nyatalah ianya salah DIRI SENDIRI sbb telah tinggalkan usaha dakwah!!!!!!!!

    ReplyDelete
  21. Anonymous09 July, 2014

    x baik fitnah. drpd interbiu & dptkn mklumat drpd Pakistan baik interbiu terus keluarga yg dikatakn 'murtad' tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous10 July, 2014

      x baca cerita betul2 ni... bukankah ustaz dah interview keluarga tersebut. pakistan tu tunjukkan jalan je.

      Delete
  22. Anonymous10 July, 2014

    Satu2 nya agama kat dunia ni yang menjadikan agamanya seperti perniagaan dan politik islah ISLAM.

    ReplyDelete
  23. Anonymous15 July, 2014

    Hukum Hudud!!!

    ReplyDelete
  24. Ni nesti salah JAIS n mufti Sabah! Sume naj keje senang nak gaji banyak bini 4, kuliah maghrib kemain lg berdegar degar

    ReplyDelete
  25. Tubuhkan sekolah menengah agama di Telupid, Tongod dan Takungan. Hantar Guru dan pelajar Islam dari seluruh Sabah ke sekolah agama tersebut. Lambat laun dakwah Islam akan mula memancarkan sinar di situ melalui Quarters Guru dan asrama pelajar serta sekolah di situ

    ReplyDelete