Stor Tilam Asrama di UIAM Terbakar (7 Gambar)

Stor Tilam Asrama di UIAM Terbakar (7 Gambar) | Petaling Jaya: “Saya sangka latihan kebakaran sebaik terdengar bunyi loceng amaran. Namun kami terkejut apabila asap mula memenuhi bilik asrama,” kata penuntut kejuruteraan, Zairi Ali, 19, yang terselamat selepas bangunan asrama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 17 di sini, terbakar petang semalam.

Stor Tilam Asrama di UIAM Terbakar (7 Gambar)

Dalam kejadian jam 3 petang itu, dia dan 10 rakan lain yang berada di tingkat tiga bangunan lima tingkat itu bergegas melarikan selepas menyedari kebakaran berlaku di tingkat bawah asrama didiami.

“Saya sempat lihat api mula merebak dan membakar tingkat satu bangunan asrama. Kebakaran berlaku di ruang stor yang dipenuhi tilam dan perabot lama.

“Mujur kami sempat melarikan diri dan tidak terperangkap dalam kebakaran mengejut itu,” katanya ketika ditemui wartawan.

TINGKAT satu bangunan asrama UIAM di Petaling Jaya yang terbakar, semalam. Menurutnya, 20 rakan lain yang menghuni asrama itu turut terselamat dalam kejadian kebakaran itu.

UIAM Terbakar

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran berlaku di tingkat satu bangunan lima tingkat apabila tilam yang berada di ruang berkenaan terbakar.

“Api berjaya dipadamkan pada jam 3.46 petang. Tiada mangsa tercedera dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

UIAM Terbakar

UIAM Terbakar



UIAM Terbakar

Stor Tilam Asrama di UIAM Terbakar (7 Gambar) Stor Tilam Asrama di UIAM Terbakar (7 Gambar) Reviewed by Unknown on Friday, June 27, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. kena siasat betul2 ni,xkan tiba2 terbakar sendiri..

    ReplyDelete