Saya Bukan Makhluk Asing

Saya Bukan Makhluk Asing - Beijing– “Saya bukan makhluk asing. Saya hanya kencing di situ!’’ itu penjelasan seorang pelakon cerita fiksyen bagi menyelesaikan dakwaan seorang pelancong bahawa dia berjaya merakamkan gambar makhluk asing di kawasan pergunungan.

makhluk asing


Pelakon itu menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya mengunjungi pergunungan berkenaan untuk membuat rakaman filem sci-fi, ketika gambar dia kencing diambil.

“Saya tidak sangka ketika saya kencing, seseorang telah merakamkan gambar saya,’’ katanya.

Perkara itu sebelum ini menjadi perdebatan dalam media sosial selepas gambar berkenaan tersebar di internet.

Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing tersebut yang menyerupai watak dalam filem Lord Of The Ring.

Ia dirakamkan ketika pelancong berkenaan sedang berkhemah di kawasan pergunungan terbabit.

“Saya berjalan keluar dari kem itu kerana ingin kencing dan tiba-tiba saya melihat makhluk asing. Saya kemudian merakamkan gambar dan kini saya takut dengan keberanian saya itu,’’ kata pelancong itu.

Saya Bukan Makhluk Asing Saya Bukan Makhluk Asing Reviewed by Unknown on Thursday, June 26, 2014 Rating: 5

No comments