Fadzliana Tay Abdullah - Mualaf Yang Diculik dan Diugut Bunuh Oleh Keluarga


Sekilas Kes Fadzliana Tay Abdullah 

Bismillah..

Fadzliana Tay Abdullah,telah melafazkan kalimah syahadah dengan rasminya di pejabat PERKIM,Jalan Ipoh pada 5 Jun 2013.

Fadzliana Tay Abdullah - Mualaf Yang Diculik dan Diugut Bunuh Oleh Keluarga

Seumpama kebanyakan mualaf yang lain-penghijrahan beliau enggan diterima keluarga. Beliau dikecam dan berkali-kali diugut bunuh. Mereka (keluarganya) menggunakan pelbagai cara termasuklah membuat laporan palsu kepada pihak polis, bahawa Fadzliana telah diculik dan dirogol.

Keluarganya juga meminta bantuan M*A dan difahamkan selepas bapanya menghubungi M*A, bapanya pernah berkata kepada Fadzliana bahawa mereka akan dapatkan bantuan peguam yang paling baik untuk memurtadkan kembali Fadzliana. Keluarganya juga telah menyerang keluarga sahabat Fadzliana yang membawanya kepada islam.

Setelah berkali-kali Fadzliana diganggu dan diugut ketika mendalami ilmu tentang islam di Kuala Lumpur, pihak PERKIM dengan bantuan sahabat-sahabat Fadzliana telah mengatur untuk menghantar Fadzliana ke PUSBA-KEDAH, dan telah sepakat rancangan serta alamat tempat perlindungan baru itu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya,demi keselamatan beliau.

Malangnya,beberapa hari setelah beliau selamat di hantar ke rumah perlindungan tersebut, salah seorang individu di dalam PERKIM telah membocorkan alamat rumah perlindungan tersebut kepada pihak keluarga beliau. (Sehingga kini tiada apa-apa tindakan dikenakan ke atas individu terbabit). Gambar individu terbabit - Klik sini - Sumber

Bermulalah episod hitam baru dalam hidup mualaf yang tak berdosa ini di PUSBA, Saban minggu keluarga datang mengganggunya.

Beliau dipujuk dan dipaksa untuk memilih sama ada murtad atau dibunuh demi membersihkan nama keluarga.

Keluarganya mula menggunakan helah mengajak beliau keluar bersiar-siar di luar PUSBA, dan/lalu pihak PUSBA menetapkan syarat,beliau boleh dibawa bersiar-siar,dengan syarat bersama pengiring daripada pihak PUSBA demi keselamatan.

Tanggal 13 Julai 2013,sekali lagi disebabkan kecuaian pihak organisasi islam tersebut (PUSBA), Fadzliana telah dibawa keluar oleh keluarga beliau tanpa pengiring,dan itulah kali terkhir Fadzliana dilihat. Fadzliana telah berjaya dilarikan keluarganya. Gambar dan Details Suspek yang Melarikan Fadzliana

Suspek yang terlibat secara langsung atau mempunyai maklumat tentang penculikan Fadzliana Tay Abdullah (untuk butir peribadi, sila klik link di atas)

Lebih membimbangkan, Fadzliana dikhuatiri dibunuh oleh keluarganya, demi menutup malu, memandangkan Fadzliana amat bersungguh-sungguh mempelajari dan mendalami islam sehinggakan, ada diantara rakan mualafnya berkata beliau bagaikan seorang muslim "tulen", tidak sepeti mualaf. 

Sekali lagi kami dikecewakan dengan tindakan organisasi terbabit yang tidak mahu bertanggungjawab dengan kehilangan Fadzliana, mereka hanya membuat "cover report" kepada pihak polis supaya tidak dipersalahkan dalam kes ini, walaupun kehilangannya itu adalah disebabkan oleh kecuaian mereka.

Betapa sadisnya orang islam kita memperlakukan nasib mualaf seperti beliau,nyawa beliau bagaikan nilai nyawa seekor anak ayam.

Tiada terdengar pun daripada mana-mana mulut pihak daripada organisasi-organisasi islam terbabit, yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi Fadzliana,meluahkan kata-kata seperti

"Kami akan dapatkan bantuan/peguam paling baik untuk mempertahankan keislaman Fadzliana".

Mereka senyap dan meneruskan rutin kerja harian mereka.

Persoalan yang terlintas,sudah berapa mualaf kah yang telah teraniaya disebabkan mereka?

Sudah berapa kes mereka telah lepas tangan-kan?

Adakah ini jawapan kepada persoalan mengapa kebanyakan kes-kes murtad di Malaysia dapat menang dengan mudah?

Ke mana mereka belanjakan duit sumbangan/sedekah atau zakat yang telah berjuta-juta kita keluarkan selama ini? 

Sehingga kini,tiada usaha dari pihak mereka dan tiada khabar berita daripada Fadzliana. Keluarga beliau juga telah memutuskan talian telefon masing-masing lalu menghilangkan diri.

Menurut siasatan kami serta pihak berkuasa,rumah keluarga Fadzliana beralamat di No 57, Jalan 31, Taman Dato Senu,51000,Sentul, Kuala Lumpur, telah ditinggalkan kosong.

Usaha siasatan kami (sahabat-sahabat dan beberapa ustaz) Fadzliana dipercayai telah dikurung di sekitar seremban @ ipoh, dan paling dikhuatiri ialah dia diseksa untuk keluar islam

Apa yang menyedihkan,beliau berkemungkinan diseksa dan/atau dicederakan oleh keluarganya, atau ...

Ketika ini Fadzliana pastinya mengharapkan saudara-saudara serta sahabat-sahabat seislam di luar sana membantu menyelamatkan beliau, tetapi apakah realiti sebenarnya yang berlaku?

Apa tindakan organisasi-organisasi Islam terbabit?

Kami mengharapkan bantuan daripada sahabat-sahabat di luar sana,membantu mengesan dan menyalurkan jika terdapat/terjumpa apa-apa sahaja maklumat tentang Fadzliana.

Maklumat boleh disalurkan kepada page ini atau berhubung terus dengan :

Balai Polis Sungai Petani : 04 422 2222

Sarjan Mustafa :  019 5084452

Inspektor Salimi : 012 660 7957

Inbox Page Pray4Liana : Klik Sini

Bantulah kami.Bantulah islam.

Wallahua'lam


Doakan keselamatan Fadzliana Tay Abdullah walau dimana dia berada sekarang. Semoga Allah sentiasa memeliharanya, dan memberikan kekuatan untuk terus cekal dan utuh bersama tauhid yang benar ini. InsyaAllah, amiin..  #Pray4Liana

Fadzliana Tay Abdullah - Mualaf Yang Diculik dan Diugut Bunuh Oleh Keluarga Fadzliana Tay Abdullah - Mualaf Yang Diculik dan Diugut Bunuh Oleh Keluarga Reviewed by Unknown on Wednesday, June 18, 2014 Rating: 5

No comments