Sunday, June 29, 2014
Awie Mengaku Dipanggil Polis Isu Isteri DipukulAwie Mengaku Dipanggil Polis Isu Isteri Dipukul | Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, mengakui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.

Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.


Awie yang ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, dia masih belum melihat gambar tersebut.

“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment