Thursday, May 15, 2014
Anak Kambing Turki Wajah Manusia

SUBHANALLAH. Anak Kambing Berwajah Manusia  MENGEJUTKAN apabila seekor kambing dilahirkan dengan muka manusia di sebuah kampung berdekatan dengan Izmir, Turki. 

Pendedahan pelik itu dibuat oleh kakitangan perhilitan Turki menerusi sebuah rakaman yang memperlihatkan anak kambing berwajah manusia yang disahkan telah mati. 

Dalam rakaman tersebut, muka anak kambing tersebut seperti manusia dengan hidung, bibir dan bentuk mukanya. 
Ianya kelihatan seperti binatang bermuka manusia dalam filem fiksyen sains. Tapi inilah kenyataannya. 

Anak kambing tresebut dilahirkan dengan kaedah pembedahan selepas ia gagal dilahirkan dengan sempurna oleh ibu kambing. 

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi & pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? surah Fushshilat ayat 53.

Sumber: Mstar 

0 comments:

Post a Comment