Tuesday, May 06, 2014
Rakyat Singapore Report Polis Nasi Goreng Terlalu Pedas di JB | Kebiasaannya kita mendengar orang awam membuat pelbagai laporan polis mengenai jenayah, gangguan di tempat kediaman dan sebagainya.

Gambar Hiasan
Namun kali ini berbeza bilamana seorang lelaki cina yang bernama Lau Thiam Huat, 60, warganegara Singapura telah membuat laporan polis hanya kerana nasi gorengnya terlampau pedas!

Berikut laporan polis yang dibuat oleh beliau:

Pada 30/04/2014 jam 9.00 malam saya telah pergi makan di kedai makanan (nama tak pasti) di Jalan Bukit Timbalan J/Bahru. Setelah itu saya telah membuat pesanan makanan iaitu nasi goreng kampung dan minum air suam. Kemudian setelah saya memakan nasi goreng kampung tersebut, saya telah dapati nasi goreng tersebut panas dan rasa begitu pedas. Sehingga ke hari ini saya masih rasa pedas nasi goreng kampung yang telah dimakan semalam. 


Saya syaki mereka memasak nasi goreng tersebut dengan meletakkan cili terlampau banyak. Tujuan laporan ini dbuat adalah kerana tidak berpuas hati terhadap makanan yang dimakan semalam dan mahu membuat pemeriksaan kesihatan di hospital. Sekian laporan saya. - My Media Hub

0 comments:

Post a Comment