Wednesday, April 23, 2014
AWAS: Minyak Wangi Tiruan Beracun | Minyak wangi tiruan berjenama yang lazimnya dijual di pasar malam, dipercayai turut berada di pasar raya terkemuka negara. Yang mengejutkan, bahan beracun metanol digunakan sebagai bahan ramuan minyak wangi tiruan berkenaan. Ikuti laporan eksklusif wartawan BH, WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS yang mengikuti serbuan pihak berkuasa di Kajang, Selangor, semalam. 


Kuala Lumpur: Operasi tiga agensi penguat kuasa di Bukit Angkat, Kajang dekat sini semalam terkejut menemui sebuah premis yang dijadikan makmal pemerosesan minyak wangi tiruan daripada jenama terkenal dan mahal. 

Serbuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Imigresen itu, berjaya merampas ribuan botol minyak wangi yang siap diisi dalam kotak, bernilai RM1 juta dan sedia untuk dipasarkan. - Bharian

Lebih mengejutkan ia diuruskan oleh tujuh pekerja asing warga Pakistan yang memegang permit kerja restoran, sejak tiga tahun lalu.

Oleh sebab itu, pengguna dinasihatkan berhati-hati ketika hendak memilih atau membeli minyak wangi yang mahal dan berjenama, takut-takut dicemari oleh bahan-bahan berbahaya.

0 comments:

Post a Comment