Saturday, March 29, 2014
91
MH370: Ustaz Darul Manzil Mimpi Lagi (Penumpang Berada di Pulau) | Ustaz Darul Manzil mimpi lagi selepas mimpi yang pertama sangat membuka mata ramai orang. Mana yang belum membaca anda boleh membacanya di sini - MH370: Ustaz Darul Manzil Mimpi MH370 (Sekadar Berkongsi)

Mimpi Ke-2

(Baca Sahaja…. Sekadar pengkongsian…)

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… (KLIK SINI)

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun

91 comments:

  1. alahai..ustaz ..harap ustaz ta jadi tukang karut la yer..sbb nya haritu bila PM umum MH370 ended di indian ocean, ustaz ckp mimpi kapal terbang tenggelam..lepas tu ada pulak cerita philip wood minta tolong lepas ditahan di dalam cell di deigo, keluar pulak cerita versi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dia tulis kisah ni sebelum kapal terbang tu berlepas..

      Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… (LINK DI ATAS)

      Baca la btol2...sekadar perkongsian je..yg hang dok meroyan pasaipa

      Delete
    2. Vacation vague betul

      Delete
    3. Kn philip wood kate dia duduk dlm bilik yg gelap n terpisah ngan yg lain2 n dia seperti di beri dadah..serupa je mcm mimpi ust ni..hanya Allah je tau

      Delete
    4. MEMANG LAA KISAH NI SEBLUM KAPAL TERBANG BERLEPAS..TAPI KENAPA BARU PUBLISH? NAPE TAK PUBLISH MASA HARI PERTAMA FLIGHT TU HILANG..SUDAH LAA..

      Delete
    5. Bongok ko nie .dh dia baru mimpi semalam.. ad ke nak main publish awal-awal.. nie mimpi la.. bukan lakonan.. mesti tak pernah mimpi.. ntah2 mimpi basah pun blom.. budak2 lg tu yg bongok merepek mcm ambik ketum

      Delete
    6. kan dah kene bongok.. lain kali baca tu biar baca dan faham kan dulu.. jgn main komen je..

      Delete
    7. Dah mimpinye cmtu pe nk buat., ingat snang2 ke nk mintak mimpi ikut kehendak kite..

      Delete
    8. Len kali bace dlu. Xpasal2 nk mlenting. Kebodohan apekah ini? Brsangka baik la skit. Org share brtjuan bg kt buka mata hati. Baca guna mata hati bkn guna lubang hdung. Ingat kbsaran Allah.

      Delete
    9. bang/cik oii.. mase upsr dulu pemahaman bahasa melayu lulus tak? curious lah~

      Delete
    10. masa upsr dulu pemahaman bahasa melayu lulus x? curious aku~

      Delete
    11. Memang betul yg jumpa kat lautan Hindi serpihan kapal terbang,TAPI YG TU BUKAN SERPIHAN MH370...baru masuk TV3 tadi

      Delete
  2. Berdoa je lah kita, moga MH370 selamat kembali bersama penumpang d krew.

    ReplyDelete
  3. Ka dh ustz kata tepulang le..

    ReplyDelete
  4. pening laaaaa haritu kata dh terhempassss ....

    ReplyDelete
  5. peningggggggg arr ustaz ni haritu ckp dh terhempasss
    [-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz tu dah cakap kan..mimpi kali ni mimpi part yang awal lagi dari mimpi 1st.. takkan tak faham.. lagipun ust tu dah sebut kot cakap sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama..

      Delete
    2. Yg tertinggal tu philip wood ka??

      Delete
    3. Ntahnye...ustaz da cakap...xphm ke..nk pcya ke x terpulang....

      Delete
    4. Ntahnye...nampak sgt korang x bace btol2

      Delete
    5. Kan.....mimpi bhgian sblm thempas..

      Delete
    6. Philip wood 51, warga america. Cer cek senarai penumpang.

      Delete
  6. ni mimpi utk jln crta sblm kpl trbg terhempah.. ksian korg.. bhsa mlyu pon xpham.. mhkin korg kna bljr bhsa isyrat kot??????????? tgk rtm eh. ya de translator tu.huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwn sokong..btol2 fail la b.mlayu

      Delete
    2. Btol3x.... Baxa main redah memang ah x faham... Sedey btl... Duk malaysia, tp malaysia fail... Pastu baca main lompat.. Hadoi.....!!!

      Delete
  7. Panjangg nye mimpi ust...

    ReplyDelete
  8. ce gna otak sket..kmungkinan flight 2 sngaja dhmpaskan

    ReplyDelete
  9. Terang2 ustad da kata ni mimpi..tplg nk caye or x..if xnk pcaya just ignore je laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kalau x caya sudah la.. ignore je..

      Delete
  10. Tulisan dalam bahasa melayu pun tak faham faham..... ustaz tak paksa pun korang percaya

    ReplyDelete
  11. Dunia skrg lebih percayakan sains dr yg percipta... jgn kita lupa kuasa yg satu yg mmpu memperlihatkn segalanya jika Dia berkehendak.. baca dan selami.. bkn ust nie je yg dpt mimpi nie.. andai itu satu petunjuk, ape langkah yg akan kite ambil? Perhatikan rentetan tragedi nie, akan nmpk pincangnye..

    ReplyDelete
  12. Bkn laa....korg cer baca lek lok.. cite diatas.. adalah sblm thempas..

    ReplyDelete
  13. Cer korg baca leklok... dia bkn tulis bahse jawi pun... nih adalah cite sblm thempas .....

    ReplyDelete
  14. selepas kes philip wood kluar baru nak mimpi...hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klw ustaz ni pilih x brcerita x de msalah pun...Samaada crita sebelum ke selepas ke ....Klw Allah nk bg mimpi itu pd ustaz maka itulh dia....Boleh jadi itu adlh petunjuk...Sape tau kn???Betul x

      Delete
  15. saya bukan nak cakap apalahh atau merepek ke , tapi saya pernah mimpi macam ustaz ni , tapi sekejap je , bab dorang turun kapal tu je saya mimpi macam real :(

    ReplyDelete
  16. Mungkin btl sebab kat berita pun ada keluar pasal kapal terbang tak dikenali memgikut mh370.. apa2 pun mari kita berdoa untuk MH370 agat semuanya selamat

    ReplyDelete
  17. MasyaAllah...sy xtau kenapa...tp plot itu ada dlm kepala sy...sbb cara mereka mencuri masa sgt bertepatan dgn plot dr awal smpai skrg. Dan...sy percaya mereka xkan tinggalkan saksi...agenda dajjal itu mmg tersusun rapi. Tapi apa nasib kita selepas ini...wallahua'lam... mohon perlindungan dr Allah jua...

    ReplyDelete
  18. hampa nk komen,baca betoi2 bodo woi...xtau beza link prtama tu,bodo kayu...wei bengong,org tu kata dh trpulang...badigol...

    ReplyDelete
  19. Kita jgn memperlekehkan perkara spt ini, sbb bukan semua org yg terpilih utk dpt mimpi tambahan pulak org yg tahu dlm ilmu agama...org yg kuat amalannya tak mustahil allah bg dia petunjuk walaupun dia tak mintak..jd usah pertikai akan kebenaran mimpi ustaz ini....sbb hanya allah swt shj yg tahu kenapa dia yg dipilih..

    ReplyDelete
  20. Nk percaya pn tak, tak percaya pn tak... berserah atas segalanya...

    ReplyDelete
  21. Dlm byk2 teori atau cerita yg kluar.. Inilah yg paling sy yakini.. Semua terjadi ada asbab.. Dlm saat sperti ini.. Tiada sorg boleh kita percayai terutama negara2 luar.. Ini yg terbaik

    ReplyDelete
  22. Ustaz Saya pun mimpi juga tapi mimpi Saya semua penumpang be rada kat pulau pinang

    ReplyDelete
  23. Pulau Pangkor pun Saya mimpi juga

    ReplyDelete
  24. Semoga allah lindungi kita. . .dan selamatkan mereka.

    ReplyDelete
  25. Korang nie mungkin x bc main tibai jerk.....
    Membaca jambatan ilmu

    ReplyDelete
  26. Yang mempertikaikan kenapa sebelum ni tak pernah nak cerita maknanya memang tak faham atau lambat faham. Kan ustaz tu dah cakap, "Selepas itu jadi macam mimpi pertama (klik LINK di atas)." Orang-orang macam ni mesti tak pernah tengok movie macam Terminator, X-Men First Class, 300, Lord of the Rings berkombinasi dengan Hobbit yg ada sambungan-sambungan dan kadang-kadang sambungannya berpatah balik sebelum kejadian klimaks.

    Fikirlah luas sikit.

    ReplyDelete
  27. Harap mereka semua dlm keadaan selamat.. ...sy pernah merasai ap y ustaz lalui....syg harap ustaz salah seorang y diutus Allah utk membuka mata dunia..yakni kita d negara islam..kuasa Allah bkn semasa mimpi shj dlm jg pun Allah blh bg petunjuk...terang terang nmpk dpn mata....kita xblh pertikaikan.....kena igt y satu serta Allah maha berkuasa sekelian Alam....

    ReplyDelete
  28. mcm mana ustaz tau yg tu kapal MH370?

    ReplyDelete
  29. Maaf. Mcm mana ustaz tahu itu kapal MH370?
    Sebab semua kapal boeing 777 malaysia adalah sama warna melainkan ade sponsored-ship..hmm..

    ReplyDelete
  30. Ada mimpi sekadar mainan tidur, ada juga yg menjadi ilham dan petunjuk dgn izin Allah.

    ReplyDelete
  31. ini masalah dunia sekrg...dunia akhir zaman...alim ulamak diketepikan...kalu pun mimpi itu main tido tp tgk la siapa yg bermimpi....kalu xnk percaya n ustaz pun xpaksa suruh percaya...tp jgn la kita perlekehkan org...
    semoga semua selamat n masih boleh terus berharap semua penumpang n kru MH370 selamat...selagi bukti jelas belum diperolehi...xsalah jika kita terus berharap sbb itu pun suatu doa...

    ReplyDelete
  32. Sudah sudahlah ustaz...tak perlulah semua ini.... kalau mimpi baik sebarkan..kalau buruk simpanlah sendiri....tu yg diajar dlm islam. Lagipun sebarkan ini bukan dpt bantu apa pun... melainkan publiciti murahan je...

    ReplyDelete
  33. Sudah sudahlah ustaz...tak perlulah semua ini.... kalau mimpi baik sebarkan..kalau buruk simpanlah sendiri....tu yg diajar dlm islam. Lagipun sebarkan ini bukan dpt bantu apa pun... melainkan publiciti murahan je...

    ReplyDelete
  34. "Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… " Adakah Ustaz masih ingat negara2 yg bertanda 'X' tersebut?

    ReplyDelete
  35. sekadar perkongsian...jika ustaz ni adalah peratara kita dpt petunjuk yg Allah nk bg..says Alhamdulillah..jika tidak..kita akn terus berdoa...baca betul2..malulah kita org melayu tp xfhm bahasa melayu...simple je ayat dia...dan dr kes mh370 sy pun dpt bljr sejarah geografi yg dulunye mmg xminat bljr di sek subjek ni..kita masih ada harapan selagi kita terus berdoa...kita mesti terus bljr faham sesuatu...ok.. pray for mh370

    ReplyDelete
  36. Antara tanda org2 yg beriman adalah percaya pd perkara ghaib.. tak caya p buka buku agama.. tambah blk ilmu yg kurang.. mimpi2 org2 berilmu lain.. ada betulnya.. insyaAllah

    ReplyDelete
  37. Tanda2 org beriman adalah percaya pada perkara ghaib... Insya Allah mimpi ustaz adalah mimpi tanda2 dr Allah.. tak usah duk kutuk sangat.. p buka buku agama.. baca balik apa tanda2 kita untuk jd hamba Allah yg beriman..

    ReplyDelete
  38. Philip wood tu. Kenape die publish kat forum? Nak popularkan forum tu ke? Nonesense. Puih.

    ReplyDelete
  39. As salam ustaz, ustaz x blh agak ke negara mana yg culik dr perbualan tentera kat situ? Atau lambang bendera dr uniform tentera?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diego garcia tu kepulauan milik tentera laut america..rasa nya yg berada kat situ tentu la tentera america kan..

      Delete
  40. Bila kuar cite psl indian ocean ustaz punmimpi sal indian ocean. Bila kuar cite sal philip wood ustaz pun mimpi sal pulau.... nmpknye imaginasi ustaz tbawa2 kedalam mimpi kot... kesian ustaz

    ReplyDelete
  41. Assalamualaiikum..saya terikut membaca ke dua2nya..mungkin krn tajuknya MH370..tetapi saya tidak pasti apa tujuan post ini dibuat..jika ustaz bercadang utk naikan rating pengujung utk tmbah income..saya rasa baik hentikan..saya setuju dgn pndpt sblmnya.jika ia mimpi buruk..ustaz simpan shj.ustaz lebih arif akan rahsia Allah s.w.t. cerita ustaz boleh menimbulkan banyak spekulasi..dan mungkin boleh mengguris hati keluarga penumpang..sekadar prndapat dan tidak perlu ulasan dr yg lain..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehal ko nie? ni blog bukan ustaz punya la.. Ko klik nama ustaz atas kaler biru tu masuk dalam fb ustaz tu. Ko komen la apa kat situ.. sebab ko komen kat sini takde makna, dia tak baca pun. Blog nie hanya berkongsi saja. Pehall la..

      Delete
    2. Bodohnya... padahal ustaz tu tulis dalam facebook dia... ada ke pikir ustaz nak naik rating nak income.. Kesiannya kat kauuuu... kahkahkahkahhh... Blog nie hanya berkongsi cerita ustaz tu yang di ambil dari facebook dia.. Tambah income??? Kahkahkhakhkahhh... tak sangka jumpa komen orang bongok dalam nie..ahahaaaa

      Delete
    3. Ko org ni nk hentam mimpi ustaz ni kenapa dia sekadar berkongsi mimpi je baca dan fahami part 1 n part 2 mudah bukan nak rating naik ke apa blog ni pn bkn dia pnya....

      Delete
    4. Tambah income hahahah

      Delete
  42. Pada hemat saya mimpi ustaz itu merupakan petunjuk Allah meleraikan segala kekusutan. Warga Amerika hanya 1 diasingkan. Kerja Amerika.

    ReplyDelete
  43. Mimpi ustaz konsisten. .

    ReplyDelete
  44. Kita sebagai manusia terlalu alpa pada pandangan mata hati, mungkin ALLAH memberi petunjuk kepada sesiapa pun mereka yang dia kehendaki, seharusnya kita berdoa agar penantian ini berakhir , kerana ALLAH lebih mengetahui.Amen.

    ReplyDelete
  45. adoyaiiiii ustaz... agak2 la... cite dgn anak bini mimpi ni sudah la... memalukan je la..

    ReplyDelete
  46. kepada pembaca2 yg melenting x tentu pasal + bace lompat2 tu.. jgn tunjuk sgt kebodohan kita kt org. malu org tgk..

    ReplyDelete
  47. Subahanallah...

    ReplyDelete
  48. Kalo ikut gambar atas tu,tu kepulauan diego garcia..kepulauan tu milik tentera laut america..dan dah tentu tentera america je yg ada kat situ kan..maybe..;)

    ReplyDelete
  49. Itu kehendak Allah .. kita tak perlu nak pertikaikn .. sapa yg takde ilmu pengetahuan tu .. duduk diam .. dan teruskn mendapat info yg lebih lanjut .. jgan nak sibuk komen macam budak kecil -Ahmad Muzakkir

    ReplyDelete
  50. Pecaya atau tidak itu tergantung kepada diri sendiri... mimpi susah nak dikata ya, atau dikata tidak... kita tidak sehebat mana nak menilainya... berserah je lah... walaupun saya seorang kristian, tetapi saya tetap hormat dengan ustaz ni.. tak salah beliau kongsikan apa yang dia alami.. janganlah kita berburuk sangka kepada orang.. cuba tulis 10 kesalahan yang orang lain, lepastu baca balik, ada tak kena dengan kita?? Kalau tak de, baguslah awak tu.. tapi kalau ada, jadi jangan suk2 komen burukkan orang... sya sdih sbnrnya dngan rakyat Malaysia, tak tau apa2, lebih2 pulak dengan pendapat sendiri... apa dah jadi ni? Semua nak jadi hero belaka, tapi saya baca komen mereka lebih kuah dari isi... ayuh lah... malu lah saya kawan... kita tak tau apa sbnrnya terjadi pada MH370, kamganlah cakap macam tak berotak!!! Ubah lah cara pemikiran tu... kalau tak suka apa orang kongsikan, diamkan diri.. kau pun tak hebat mana pun... Orang sekadar berkongsi je... betul tak betul tu, dia punya hal... kita tak rugi pun... sedihlah... apa2 pun.. tetap doakan MH370... Kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi selagi MH370 Tidak dijumpai walaupun hanya sebiji skrunya sahaja... Sbb selagi jasad MH370 tidak d jumpai, saya berharap MH370 pulang ke pangkuan kita... Amen...

    ReplyDelete
  51. Kelebihan seseorang yg allah swt berikan... hanya org2 yg terpilih sahaja yg bertuah nengalaminya..

    ReplyDelete
  52. Mimpi tu visual...cerita itu ditaip...ad y pertikai mimpi pnjg la apa mnda la,, karut la..die dh ckp,nk percaya atau x terpulang...yang ang duk kalut sgt nk bash,nk jd longoi pasal apa...cuba komen pakai akal dan hati...jgn jd org buta akal...

    ReplyDelete
  53. Alhamdulillah kerana Ustaz menjadi pilihan Allah SWT untuk mencari penyelesaian MH370. Mungkin itulah kelebihan sesorang yang Allah SWT bagi...

    ReplyDelete
  54. sebab kita terlalu memperlekehkan kemampuan org lah kita sekarang masih terpinga2 dgn berita yg entah apa2 kuar dr tv.. dan kerana kita terlalu taksub percayakan rumors lah kita terlebih advance dr tv.. berbalik kepada Allah.. ustaz hanye berkongsi mimpi, bukannye buat benda2 pelik untuk seru mimpi tersebut.. benar atau x hanya Allah yang tahu.. ustaz tu x memaksa anda percaya pun.. tak payah hentam dia teruk2, kesian smpai terpaksa deactive facebook sbb komen org2 cerdik pandai tp memperbodohkan org lain

    ReplyDelete
  55. Macam2,, versi org ni,negara ni,berite,media,, macam2,, sesungguhnya Allah lebih mengetahui kan,, jgn kte hambenye yg byk kelemahan dok sibuk bergaduh persoalkan yg mane betol,,

    ReplyDelete
  56. Kekadang Allah s.w.t akn memberi pertunjuk melalui mimpi . In sha Allah pasti kita akn ketemukan jawapannya nnti. Cepat dan lambat saja. Ketika itu segala2nya akn terbongkar.

    ReplyDelete
  57. Kembali ke pangkal jalan

    ReplyDelete
  58. ntahnye..aku pun x faham dgn org2 yg x faham BAHASA MELAYU ni...dh kalo x paham,toksah la dok komen2....mcm bangang jer...doakan yg terbaik untuk MH370 (KREW2&Penumpangnye)...sebelum komen apa2,baca dan fahamkan dulu...sekian...wassalam...

    ReplyDelete
  59. Anonymous04 June, 2014

    for yg bangang x faham bahasa tuu ! dah x paham, buad r cara x paham bodoh oii ! niey main komen ikut sedap hati hg jaa ! lain kali, klu nk komen , baca bgi faham dulu ! BODOH TU SIMPAN SIKIT UNTUK MASA DEPAN !

    ReplyDelete
  60. Wallahu aklam....tak mustahil kita diperlihatkn di alam mimpi..roh dan jasad bersatu bila kita sedar tapi roh akan keluar bila kita tidur.jika amalan kita zikir kita doa kita tak mustahil allah mengizinkn kita lihat walaupun dlm mimpi.Alam nyata alam maya tak bnyak beza kedua2nya pasti kelak kita akan melaluinya.beza hnya sedar dan tidor sj..subhanallah..allah hu akbar..kunfayakun...maka jd jadilh ia....amin

    ReplyDelete