Wednesday, March 26, 2014
2
MH370: Juruterbang Air Asia X Digantung Tugas Gara-gara MH370 | Seorang juruterbang Air Airasia X yang mencetuskan kontroversi dalam status di laman Facebooknya disahkan digantung tugas oleh Group CEO Airasia, Tony Fernandez.


"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," Tulis Tony di Twitternya.


Dalam tweet itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Rani Osman turut memberikan ulasan bahawa juruterbang itu telah melanggar "arahan khusus" untuk tidak memberikan sebarang komen secara terbuka mengenai insiden MH370. 



Tambahnya lagi arahan itu dibuat agar tidak menyakiti perasaan semua yang terlibat.
Krish Jejendira tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan mengenai tragedi MH370. Beliau mendakwa pengumuman itu tidak boleh dibuat tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dia turut mendakwa kerajaan mengetahui banyak perkara mengenai kejadian ini namun menyembunyikan fakta sebenar.

2 comments: