MH370: Luahan Sedih Isteri dan Anak Pramugara Wan Swaid
MH370: Luahan Sedih Isteri dan Anak Pramugara Wan Swaid | Pastinya tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu begitu memilukan ahli keluarga setiap mangsa bukan sahaja penumpang malah turut melibatkan anak kapal juga.
Pastinya tiada siapa dapat menyelami apa yang terbuku di hati setiap ahli keluarga mangsa namun beberapa luahan sedih yang dimuatkan dalam akhbar tempatan menggambarkan betapa hancurnya hati mereka kehilangan orang tersayang.
Jika sebelum ini penulis pernah berkongsi artikel tentang luahan sedih isteri kepada salah seorang pramugara MH370. Kali ini, satu lagi luahan sedih penulis ingin kongsikan untuk menjadi tatapan kita bersama agar kita akan lebih faham akan perasaan pilu mereka.
Menurut Wan Swaid Wan Ismail yang merupakan salah seorang pramugara kanan kepada pesawat MH370 yang meninggalkan isterinya, Nur Laila Ngah dan tiga anak tersayang dalam keadaan paling menyayat hati. Mari baca luahan hati mereka di bawah.
“Kami rindukan ayah. Daddy pendiam. Tak banyak cakap. Dia tak suka marah-marah.” - Anak sulung, Wan Amirul Haziq, 12.
“Orang yang pendiam kalau tak kenal tapi memang baik hati. Penyayang. Sebagai sahabat kepada saya jugak, dunia akhirat saya bersama dia dan dia bersama saya.“ - Isteri, Nur Laila Ngah
Sebak juga hati penulis membaca luahan pendek mereka. Lebih-lebih lagi kepada Nur Laila Ngah yang juga merupakan bekas bekas pramugari Penerangan Malaysia (MAS).
Untuk pengetahuan, Wan Swaid adalah anak bongsu dari sepuluh adik beradik yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan Wan Swaid Wan Ismail yang merupakan bapa kepada tiga orang anak yang telah berkhidmat dengan MAS semenjak dari tahun 1995.
MH370: Luahan Sedih Isteri dan Anak Pramugara Wan Swaid
Reviewed by Unknown
on
Thursday, March 27, 2014
Rating:
No comments