MH370: Jawapan DS Hishamuddin Berhubung "Malaysia Pembunuh"

MH370: Jawapan DS Hishamuddin Berhubung "Malaysia Pembunuh" | Sebelum ini keluarga penumpang warga China begitu marah dan bertindak membuat satu demostrasi di depan kedutaan Malaysia di sana, tidak cukup dengan itu, mereka membaling botol kearah kedutaan dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.


Tersentuh mendengar kata kata Datuk Seri Hishamuddin dalam press conference semalam apabila menjawab soalan media mengenai keluarga mangsa MH370 dari China yg menyalahkan Malaysia, termasuk gelaran kita pembunuh...

"Saya seorang ayah, saya ada keluarga, saya faham apa dirasakan keluarga mangsa kerana rakyat kami juga ramai dlm pesawat, bukan keluarga mereka sahaja, rakyat negara luar pun ramai, tapi saya dapat lihat bagaimana keluarga lain seperti Australia yang begitu tabah kerana mereka sedar ini masalah global yang tak dijangka atau diminta, ketahuilah Malaysia berusaha buat yang terbaik"...

Moga mereka terus cekal dalam menempuh dan menangani tragedi ini. Salute dengan keupayaan mereka mendepani dunia meskipun ramai yang hanya tahu duduk depan komputer, bukak tengok berita melalui internet kemudian kritik kritik kritik, lepas tu makan, tidur kemudian buat benda yang sama. Sebab apa?
Sebab mereka tak jadi anggota SAR yg tinggalkan keluarga demi mencari pesawat, mereka tak jadi media terpaksa berhari hari berkampung dalam tekanan menyampaikan maklumat terbaik, mereka tak pernah rasa hidup di tengah laut seperti anggota TLDM, mereka boleh baring selesa dan terus kritik.. Mungkin negara kita negara yang kecil,....tapi jiwa kita besar!


MH370: Jawapan DS Hishamuddin Berhubung "Malaysia Pembunuh" MH370: Jawapan DS Hishamuddin Berhubung "Malaysia Pembunuh" Reviewed by Unknown on Friday, March 28, 2014 Rating: 5

2 comments