MH370: Beza Komen Rakyat China yang Cerdik dan Bodoh

MH370: Beza Komen Rakyat China yang Cerdik dan Bodoh | Sebelum ini media sosial terbesar di China iaitu weibo telah memaparkan komen beberapa artis mereka yang begitu beria-ria mahu memboikot Malaysia. 


Hari ini admin nak paparkan satu komen menarik yang dirasakan bagus dikongsikan di sini. Komen ini adalah daripada rakyat China biasa yang bukan public figure tapi masih punya otak yang waras.

Adakah kita (China) terlalu beria-ria nak memboikot negara Malaysia? Ketepikan dulu soal boikot, kita sendiri tidak dapat memboikot negara Jepun yang suatu ketika dahulu telah membunuh beratus-ratus juga rakyat negara China, dan ini juga diikuti dengan negara seperti Vietnam dan Indonesia yang pernah membunuh ratusan ribu rakyat cina. Kenapa anda terutamanya para selebriti China tidak memboikot ketiga-tiga negara ini berbanding Malaysia?

Baiklah, jika anda semua berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia telah membunuh 153 penumpang warga China, maka mereka juga telah membunuh 38 penumpang + 12 anak kapal berstatuskan rakyat Malaysia, 12 penumpang Indonesia, 7 penumpang Australia dan 7 penumpang Amerika.

Baiklah, mari kita memboikot negara Malaysia yang pertama kali mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara China berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Marilah kita memboikot Malaysia yang secara konsistennya telah menolak permintaan tentera Amerika Syarikat untuk membina pangkalan tentera mereka bertujuan mengawal perairan di Asia Tenggara.

Marilah kita memboikot negara ini yang mana sempadan Pulau Spratly yang dimiliki China hanya terletak 80 kilometer dari luar pantai Malaysia dan Malaysia adalah satu-satunya negara yang tidak membuat apa-apa bantahan mengenai pengambilan pulau berkenaan.

Marilah kita memboikot negara ini juga kerana mereka secara konsistennya menentang tindakan Filipina dan Vietnam yang ingin mengheret konflik Laut China Selatan untuk mendapat perhatian dunia.

Marilah kita memboikot negara ini yang pernah membantu negara China menentang negara Jepun semasa era Perang Dunia Kedua.

Marilah kita memboikot negara ini yang telah menyumbangkan 3000 mekanik kereta dan pemandu semasa peperangan China dengan Jepun.

Marilah kita memboikot negara ini kerana membenarkan 5 juta rakyat Cina di Malaysia mengekalkan budaya, bahasa dan agama mereka secara bebas.

Baiklah, marilah kita semua bersatu untuk memboikot negara ini yang selama ini mempunyai hubungan baik dan juga memberikan layanan yang baik kepada negara China.

p/s: Jika anda tidak menyukai Kerajaan Malaysia bermakna anda harus membenci segala perkara mengenai negara Malaysia. Jadi, saya ingin bertanyakan soalan kepada artis China yang telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi:

Sebagai seorang public figure, adakah anda sedar bahawa gesaan anda itu sebenarnya telah menyakiti orang melayu, Malaysia?

Artikel di atas adalah dari warganegara cina China yang telah diterjemahkan ke bahasa melayu.

Biasa lah.. artis bukan semua cerdik. Heh!
MH370: Beza Komen Rakyat China yang Cerdik dan Bodoh MH370: Beza Komen Rakyat China yang Cerdik dan Bodoh Reviewed by Unknown on Friday, March 28, 2014 Rating: 5

17 comments