Friday, March 28, 2014
ARTIS: Isu Basikal Curi "Saya Hanya Tolong Kawan" Suhada AF | Baru-baru ini, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan penangkapan salah seorang peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013) iaitu Suhada, 22 atau Abdul Suhadah Unding kerana didakwa mencuri sebuah basikal jenama Bianchi di Menggatal, Sabah.


Dalam kejadian pada 12 Februari lalu sekitar pukul 2.30 petang, Suhada bersama tiga lagi rakannya ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menerusi Ops Cantas Khas yang dijalankan.


Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Suhada bersama seorang rakannya dibebaskan selepas memberi keterangan, manakala dua lagi masih ditahan.

Menceritakan detik-detik memalukan tersebut, Suhada yang juga adik kepada KJ Mentor 6 menafikan dia terbabit dalam kegiatan jenayah itu, sekali gus mahu membersihkan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Dalam temu bualnya bersama Hits baru-baru ini menerusi panggilan telefon, Suhada mengakui dia tersilap langkah dalam memilih kawan dan amat kesal atas insiden yang menimpanya.


Memulakan bicara, jejaka tinggi lampai itu berkata, dia hanya membantu dua rakan sekampung untuk membawa sebuah basikal dari rumah mereka ke sebuah kedai basikal untuk menjualnya.
““Ketika itu, saya turut membawa seorang lagi rakan lain. Bermaksud, kami semua berempat. Apabila tiba di kedai basikal yang dituju, tiba-tiba kami dikepung oleh polis dan terus menahan kami atas tuduhan menjual basikal yang dilaporkan telah dicuri.

““Saya benar-benar terkejut kerana tidak tahu-menahu bahawa basikal yang berharga ribuan ringgit itu sebenarnya adalah basikal curi. Niat saya hanya mahu membantu dua rakan tersebut atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin sejak kecil lagi. Apatah lagi, antara kami hanya saya seorang sahaja yang memiliki kereta.

“”Tidak sangka pula insiden ini akan berlaku dan sejujurnya, ketika ditahan polis, ramai yang memerhati dan ia amat memalukan,” katanya.
Rentetan tangkapan itu, Suhada bersama tiga rakannya dibawa ke balai polis berhampiran dan segala keterangan telah diambil. Menurutnya, pihak polis berpuas hati dengan penjelasan Suhada serta seorang lagi rakannya, lalu membebaskan mereka berdua.

Katanya, ketika itu, dua lagi rakannya masih ditahan untuk siasatan lanjut, tetapi kini mereka telah dibebaskan setelah perbincangan dilakukan dengan pemilik basikal berkenaan yang baik hati menggugurkan dakwaan.

““Alhamdulillah, kes ini telah selesai sepenuhnya. Jika tidak, saya amat simpati dengan nasib dua rakan yang telah lama saya kenal. Saya tidak tahu punca mereka boleh melakukan kegiatan itu.

““Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati memandangkan kontrak bersama Astro masih lagi berjalan. Saya juga mahu menjaga maruah keluarga serta perjalanan karier seni saya.” jelas Suhada lagi.


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)

0 comments:

Post a Comment