Lapor Pada Polis Jika Majikan Korang Paksa Bekerja

Lapor Pada Polis Jika Majikan Korang Paksa Bekerja | Majikan yang didapati memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat tanpa ada sebarang keperluan, dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan.

Lapor Pada Polis Jika Majikan Korang Paksa Bekerja

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Lim Wei Jiet berkata, tiada majikan dalam kategori perkhidmatan penting yang boleh memaksa pekerja untuk datang bekerja dalam tempoh ini.

"Tiada majikan yang bukan dalam kategori perkhidmatan penting boleh memaksa pekerja mereka untuk bekerja dalam keadaan yang bertentangan dengan apa yang digariskan dalam perintah yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata beliau dalam sesi temu bual Consider This pada Selasa malam.

Namun sekiranya ada majikan yang bertindak memaksa pekerja mereka untuk bekerja, pekerja terlibat boleh membuat laporan polis kerana ini merupakan satu kesalahan.

Dalam pada lain, antara sektor perkhidmatan penting yang dibenarkan untuk bekerja dalam tempoh ini adalah:

Air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.




Gambar dipercayai majikan memaksa pekerja bekerja di lokasi yang tidak diketahui. Dasar majikan kapitalis, memerah keringat pekerja bawahan tanpa mempedulikan nasib pekerja dan ingkar arahan daripada kerajaan. Mohon tindakan tegas diambil terhadap majikan bangang begini.


Lapor Pada Polis Jika Majikan Korang Paksa Bekerja Lapor Pada Polis Jika Majikan Korang Paksa Bekerja Reviewed by admin on Thursday, March 19, 2020 Rating: 5

No comments

Post a Comment