Tak Perlu Konsep Kebaratan Majlis Kahwin Nanti - Hanis Zalikha

Tak Perlu Konsep Kebaratan Majlis Kahwin Nanti - Hanis Zalikha http://apahell.blogspot.com/2015/01/tak-perlu-konsep-kebaratan-majlis.html

Tak Perlu Konsep Kebaratan Majlis Kahwin Nanti - Hanis Zalikha | Biar apa pun orang di luar sana berkata tentang lamaran Hairul Azreen di atas pentas pada hujung minggu yang lalu, pasangan ini ternyata mula menghitung hari untuk disatukan sebagai suami isteri dan mula membina kehidupan bekeluarga bersama.

Bercakap kepada Berita Harian, Hanis Zalikha mula berikan bayangan majlis perkahwinan yang ideal buat dirinya dan mengakui tidak pernah langsung membayangkan konsep perkahwinan yang terlalu mengambil konsep kebaratan seperti trend sekarang ini.

“Cukup majlis nikah diadakan di rumah keluarga saya di Bukit Jelutong & paling penting makanan yang dijamukan kepada tetamu kena sedap. Biar tetamu yang datang puas hati dan tersenyum. Lagipun saya ini memang jenis kaki makan. Jadi bab makanan itu sangat penting”

“Hanya majlis resepsi saja berkemungkinan besar diadakan di hotel. Ikutkan hati nak nikah pakai songket tapi jenis kain itu akan buat saya cepat berpeluh kalau majlis nikah dibuat di rumah. Saya juga impikan bunga manggar diarak dari kaunter pengawal hingga ke rumah”

“Paluan kompang itu wajib dan mereka yang memalu kompang itu kena mengenakan baju Melayu bersampin lengkap bergaya,” cerita Hanis Zalikha panjang lebar.

Beliau turut berkata yang kemungkinan besar mereka akan berkahwin tahun ini juga namun masih belum memulakan perbincangan antara kedua dua belah pihak keluarga kerana masih sibuk dengan komitmen kerja. Tidak sabar tunggu hari bahagia mereka ‘kan? (rtky/m)

Tak Perlu Konsep Kebaratan Majlis Kahwin Nanti - Hanis Zalikha Tak Perlu Konsep Kebaratan Majlis Kahwin Nanti - Hanis Zalikha Reviewed by Unknown on Saturday, January 10, 2015 Rating: 5

No comments

Post a Comment