Rahmat Disebalik Bencana Banjir Besar
Rahmat Disebalik Bencana Banjir Besar | KUALA KRAI - Bencana banjir yang menenggelamkan kedai dan pasar raya di bandar ini mempunyai rahmat tersendiri bagi orang ramai apabila berpeluang mendapatkan barangan yang ditenggelami air secara percuma.
Tinjauan di sekitar bandar itu, semalam mendapati pemilik pasar raya dan beberapa kedai melonggokkan barang jualan yang ditenggelami air di hadapan premis mereka untuk dipilih oleh orang ramai.
Biarpun masih disaluti lumpur dan berbau agak busuk, orang ramai tetap tidak melepaskan peluang memilih barangan seperti kasut, selipar dan barang makanan yang masih elok.
Seorang pemilik kedai pakaian yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Meng mendakwa, dia kerugian lebih RM50,000 apabila kedainya ditenggelami air dalam bencana tersebut.
“Beberapa hari sebelum banjir, saya baru ambil barangan seperti selipar, kasut dan peralatan sukan dari gudang tetapi sekarang, semuanya sudah tidak boleh dijual.
“Selain barang jualan, semua peralatan dalam kedai termasuk peralatan elektrik dan perabot juga musnah dan rosak,” katanya ketika ditemui di premisnya, semalam.
Seorang penduduk yang enggan dikenali pula berkata, walaupun masih berlumpur, kasut dan selipar yang diberi secara percuma itu masih elok dan boleh dipakai.
“Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang akibat banjir tempohari, jadi saya tak lepaskan peluang ambil selipar dan kasut untuk anak-anak,” katanya yang tinggal di Guchil 7, dekat sini.
Rahmat Disebalik Bencana Banjir Besar
Reviewed by Unknown
on
Tuesday, January 06, 2015
Rating:
No comments