Pencarian MH370 Melalui Detik Kritikal dan Sukar
Pencarian MH370 Melalui Detik Kritikal dan Sukar | London 7 Jan. – Nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 7 Mac tahun lalu hanya akan dapat ditentukan dalam misi pencarian sepanjang tempoh lima bulan akan datang sama ada pesawat yang membawa 239 penumpang dan krew itu ditemukan atau hilang selama-lamanya, kata seorang penulis buku Flight MH370: The Mystery.
Penulis terbabit, Nigel Cawthorne ketika diwawancara oleh akhbar Britain, Express berkata, tumpuan misi pencarian yang giat dilakukan oleh pasukan antarabangsa diketuai Australia, yang mungkin merupakan peluang terakhir untuk menemukan pesawat terbabit.
Cawthorne menjelaskan arus bawah laut yang kuat dan lokasi pencarian yang luas juga membuatkan operasi mengesan pesawat tersebut hampir mustahil.
“Teori paling kuat diperkatakan adalah pesawat MH370 berada di dasar Lautan Hindi yang mempunyai arus dasar laut paling kuat dan cuaca paling buruk di dunia.
“Jika benar, saya percaya pesawat berkenaan tidak akan ditemukan kerana lautan itu terletak di kawasan terpencil di planet ini,” katanya.
Pasukan mencari yang turut melibatkan pihak berkuasa Malaysia kini menumpukan usaha di kawasan seluas 60,000 kilometer persegi, terletak beberapa kilometer di barat perairan Australia dan misi pencarian di kawasan itu dijangka selesai menjelang Mei ini jika tiada masalah kapal, cuaca dan peralatan.
Selepas lima bulan dari sekarang, negara yang menyertai operasi tersebut akan membuat keputusan, sama ada mahu meneruskan misi mencari atau tidak memandangkan kos yang ditanggung setakat ini telah mencecah AS$48.65 juta (RM173.2 juta). BH
Pencarian MH370 Melalui Detik Kritikal dan Sukar
Reviewed by Unknown
on
Thursday, January 08, 2015
Rating:
No comments