NGO Buang Sumbangan, Penduduk Kecewa (2 Gambar)
NGO Buang Sumbangan, Penduduk Kecewa (2 Gambar) | Kuala Lumpur: Penduduk sebuah taman perumahan di Pantai Dalam di sini, kesal dengan tindakan satu organisasi yang bertindak membuang pakaian disumbangkan orang ramai kepada mangsa banjir.
Penduduk mendakwa hampir semua pakaian yang boleh memuatkan sebuah lori itu dibuang di kawasan pembuangan sampah taman perumahan berkenaan.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 38, berkata, mereka sangat kecewa dengan tindakan organisasi itu yang tidak menghargai usaha murni penduduk.
Menurutnya, mereka berusaha mendapatkan penjelasan pihak organisasi itu, namun jawapan diberikan agak mengelirukan.
“Pihak pengurusan sumbangan itu mendakwa semua pakaian yang dibuang itu sudah koyak dan tidak sesuai dihantar ke pusat banjir.
“Namun, apabila diperiksa, semua baju itu masih elok dan bersih tanpa sebarang kesan koyak ataupun rosak. Kami sangat kecewa atas tindakan pelik itu,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, mereka bersimpati dengan keadaan dialami mangsa di negeri dilanda musibah banjir yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.
“Ramai penduduk yang menghantar pakaian, barangan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir atas rasa simpati mendalam.
“Tetapi, tindakan mereka ini seolah-olah tidak berperikemanusiaan terhadap insan yang sangat memerlukan sumbangan itu,” katanya lagi.
Seorang lagi penduduk Ayu, 41, berkata, beberapa pekerja daripada badan organisasi itu dilihat mengutip semula pakaian yang dibuang sebelum ini selepas penduduk melahirkan rasa tidak puas hati.
Menurutnya, penduduk risau sekiranya baju itu sebaliknya akan dibuang di lokasi lain.
“Kita memberi sumbangan secara ikhlas dan diharap apa yang diberikan itu sampai kepada orang yang memerlukan,” tegasnya.
NGO Buang Sumbangan, Penduduk Kecewa (2 Gambar)
Reviewed by Unknown
on
Friday, January 02, 2015
Rating:
No comments
Post a Comment