Kereta Mewah Punca Hubungan Kami Putus - Zizan Razak
Kereta Mewah Punca Hubungan Kami Putus - Zizan Razak | Akhirnya Zizan Razak membuka mulut tentang punca perpisahan beliau dengan Emma Maembong dan ianya lebih ringkas dari apa yang kami jangka. Emma Maembong tidak bersetuju dengan niat teman lelakinya untuk berbelanja besar membeli kereta mewah.
Menurut kenyataan terbaru Zizan Razak kepada Utusan Malaysia, ada tercetus pergaduah antara mereka kerana niat mahu membeli kereta mewah sport kerana Emma Maembong tidak bersetuju dengan hasrat itu kerana dianggap membazir.
“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Zizan Razak turut menepis kata kata yang mengatakan Emma Maembong seorang yang kaki kikis dan hubungan mereka berakhir kerana sikap negatif itu.
Zizan Razak juga mengakui masih cintakan Emma Maembong.
Sumber : http://www.rotikaya.com/hasrat-zizan-razak-beli-kereta-mewah-punca-putus-cinta/
Kereta Mewah Punca Hubungan Kami Putus - Zizan Razak
Reviewed by Unknown
on
Thursday, January 08, 2015
Rating:
No comments
Post a Comment