"Hati dan Hidup Saya Kini Hancur" - Alyah
"Hati dan Hidup Saya Kini Hancur" - Alyah | Kuala Lumpur: Tanda tanya mengenai gambar wanita di sebelah konduktor muzik dan komposer terkenal Datuk Ramli MS yang dimuat naik isterinya yang juga penyanyi Alyah di Instagram tadi terungkai apabila Alyah tampil membuat pengakuan wanita terbabit mendakwa sudah berkahwin dengan suaminya.
Alyah ketika dihubungi Harian Metro turut mengucapkan tahniah kepada wanita yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana berjaya mengahwini suaminya.
Alyah berkata, dia menjumpai gambar itu di dalam telefon bimbit lama milik Ramli namun tidak pasti bila mereka berkahwin.
“Hati dan hidup saya sudah hancur. Dah tak bermakna lagi. Apa salah saya? Tidak cukupkah pengorbanan yang saya lakukan?” katanya.
Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti. Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.
Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur.
Sementara itu, Ramli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta wartawan bertanya sendiri kepada Alyah.
“Tanya dia kerana dia (Alyah) yang masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ini dia yang masukkan. Saya minta maaf,” katanya.
"Hati dan Hidup Saya Kini Hancur" - Alyah
Reviewed by Unknown
on
Sunday, January 11, 2015
Rating:
No comments
Post a Comment