Adakah ini Punca Emma Maembong Nekad Tinggalkan Zizan Razak?
Adakah ini Punca Emma Maembong Nekad Tinggalkan Zizan Razak? | Akhirnya kisah cinta pasangan selebriti popular Zizan Razak dan Emma Maembong yang terlerai jua. Sudah tentu ia mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat mereka. Di saat ramai yang menanti tarikh hari bahagia mereka akhirnya lain pula yang terjadi.
Menurut Emma, mereka (dia dan Zizan) menjalinkan cinta sejak dua tahun lalu. Menurut Emma, hubungan beliau dengan Zizan sudah lama goyang. Cuma baru-baru ini saja beliau nekad membulatkan keputusan meninggalkan Zizan.
Daripada kata-kata Emma seperti apa yang diharap dalam hubungan mereka tidak berkesudahan dengan baik. Dalam pada itu, Emma juga menyangkal jika ada yang menuduh dia sudah mengikis duit Zizan dan kemudian tergamak meninggalkan lelaki itu
“Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja. Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati.“
“Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga.”
“Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya. Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya,” katanya sebagaimana dipetik laporan BH Online.
Adakah ini Punca Emma Maembong Nekad Tinggalkan Zizan Razak?
Reviewed by Unknown
on
Thursday, January 08, 2015
Rating:
No comments
Post a Comment