Lebih 40 Mayat Telah Ditemui di Selat Karimata
Lebih 40 Mayat Telah Ditemui di Selat Karimata | Manggar, Belitung Timur: Empat puluh jasad ditemui dan enam jasad mangsa pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 sudah diangkut ke atas kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut (AL) di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan setakat 4.30 petang tadi.
Bupati Pemerintah Kabupaten Belitung Timur, Dr Basuri Tjahaja Purnama, berkata, pihaknya masih menunggu arahan bersedia untuk menerima dan menguruskan jasad berkenaan.
Keadaan ahli keluarga mangsa nahas QZ8501 selepas menerima berita mengenai mayat ditemui di kawasan mencari pesawat AirAsia yang hilang
Katanya, pelabuhan Tanjung Rhu di Tanjung Pandan di sini, adalah alternatif terdekat untuk membawa jasad itu berikutan sungai Pangkalan Bun cetek sekali gus tidak boleh dimasuki kapal besar.
"Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) belum membuat keputusan menjadikan pelabuhan Tanjung Rhu sebagai pusat pengumpulan jasad.
"Namun pihak kami sudah bersiap sedia termasuk keperluan ambulan dari Rumah Sakit Tanjung Pandan untuk pengurusan jasad berkenaan," katanya di pusat operasi di sini, sebentar tadi.
Pusat Operasi Pangkalan TNI AL Bangka Belitung Pos TNI AL Manggar ditutup secara rasmi hari ini berikutan penemuan terbaru itu.
Lebih 40 Mayat Telah Ditemui di Selat Karimata
Reviewed by Unknown
on
Tuesday, December 30, 2014
Rating:
No comments
Post a Comment