Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa?

Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa?

Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa? | Sebagai majikan, saya selalu juga berhadapan dengan calon-calon pekerja yang keluar universiti dengan CGPA yang tinggi. Tak dinafikan saya melihat perkara itu juga sebagai ukuran pertama pemilihan pekerja. Bermakna mereka punyai konsistensi. Tapi mereka jarang tahan lama atau mudahnya bijak melakukan sesuatu di luar dari buku kerana mereka ni biasanya ULAT BUKU.

Yang tahan lama bekerja ialah mereka yang CGPA segan-segan dengan keputusan UPSR yang memang kalau kita tengok pun kita ludah tepi lah. Tapi tidak semua begitu, ada beberapa orang staff saya juga CGPA tinggi dan komited juga konsisten. 

Ingat dulu kalau mak ayah letakkan mainan kita atas para paling atas. Oleh kerana kita sukakan mainan itu, kita berusaha untuk CARI AKAL macammana mainan itu boleh kita bawa turun semula. Memanglah itu nakal tetapi kenakalan juga perlukan kita jadi BIJAK. 

Ramai juga BIJAK PANDAI berakhir di dalam penjara dan lokap balai kerana bijak itu disalur kepada nak mendapatkan perkara yang tak baik. Cuba kenakalan yang berminyakkan kebijakan itu disalur kepada mencipta teknologi berbanding mencipta cara menyamun bank. 

Akademik hanya mampu mengajar untuk menjadi pandai tetapi bukan bijak. Kerana bijak, kelasnya ialah ALAM dan bukan BILIK DARJAH. 

Anak-anak saya bersama kelompok anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) tidak tergesa-gesa nak belajar untuk ambil exam UPSR. Mereka didedahkan kepada alam dengan pantauan. Di situ nanti mereka akan mula menggunakan akal mereka. Bawa sahaja ke kebun kambing dan beri task kepada mereka bagaimana nak tangkap seekor kambing yang kita mahukan.

Jika dikejar di padang ragut, mesti lari lintang pukang kambing tu. Mereka akhirnya mencari akal dan akhirnya berjaya menangkap seekor kambing tanpa mengotorkan baju. Itu salah satu contoh. 

Di bilik darjah, cikgu ajar cara nak tangkap kambing tapi tak pernah merasakan sendiri menangkap kambing. Bila teori menangkap kambing itu dibawa kepada perlaksanaan, mereka mungkin KURANG BIJAK jika situasi berubah. 

Tempohari kami di RPWP ada buat hawker night. Anak-anak semuanya dari umur 6 tahun sampai 15 tahun terlibat. Mereka menjalankan perniagaan makanan dengan 4 buah gerai dengan 4 jenis makanan berlainan. Ada yang ambil order, ada yang memasak, ada yang mengira, ada yang membersih, ada yang menghias dan macam-macam lagi. 

Hanya 3 jam sahaja program PRIHATIN HAWKER itu tetapi dalam tempoh sedikit itu, anak-anak ini belajar...

1. Membuat bajet 
2. Tawar menawar barang mentah di pasar basah
3. Membuat pengiraan kalori dan pengaturan diet
4. Memasak
5. Pengiraan operasi matematik
6. Perniagaan
7. Akaun
8. Kebersihan dan banyak lagi. 


Kita jangan lupa, SEKOLAH kepada Nabi Muhammad SAW antaranya "Mengembala Kambing" sebab itu nabi saw mampu memimpin kepala-kepala batu yang degil nauzubillah di Mekah dahulu kerana kalau ingatkan kambing, memang masyaAllah degilnya kambing-kambing ni.

Sekolah nabi lagi bila baginda ikut berniaga bersama atuknya sampai ke peringkat antarabangsa. Saya tak ingat ke MRSM atau SBP mana Nabi masuk dulu (ini Sarcastik...maaf kena tulis pasal selalu ada yang sengal tidak memahami maksud subliminal) dan nombor berapa Nabi dapat dalam kelas. 

Hari ini kita masih ingat lagi jenama kasut yang kita pakai semasa darjah satu tetapi kita lupa apa nama-nama mikroorganisma dalam bab Mikro Biologi dalam buku Bio tingkatan 4 dahulu. Mengapa? Kerana BELAJAR dan MENGALAMI sendiri sangat jauh bezanya. 

Jangan tension kalau anak nakal. Dia nakal tu kerana bijak, cuma jangan didik nakal itu ke arah yang tidak baik. Giring kenakalan itu untuk menjadi manusia hebat. Jika mereka buat masalah dalam sekolah itu tanda mereka bosan dengan sekolah yang pada mereka untuk budak-budak nerd yang butang baju sampai ke leher sambil rambut sikat tepi berkilat Tancho.

Jika dibiarkan, mereka ini akan jadi ganster sekolah. Jika itu terjadi kepada anda jangan segan berhenti kerja dan jadi cikgu kepada anak nakal itu sendiri untuk kita pastikan kenakalan dan kebijaksanaan itu menuju ke arah kanan dan bukan kiri. 

Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa? Periksa Nombor 1 Sentiasa Tapi Tak Bijak, Kenapa? Reviewed by Unknown on Wednesday, October 01, 2014 Rating: 5

No comments