Ibu Muda Sanggup Rantaikan Anak Elak Lari Dari Rumah (2 Gambar)

Ibu Muda Sanggup Rantaikan Anak Elak Lari Dari Rumah (2 Gambar)

Ibu Muda Sanggup Rantaikan Anak Elak Lari Dari Rumah (2 Gambar) | Seorang ibu bertindak merantai anaknya pada basikalnya yang ditunggangnya dengan alasan itu adalah satu-satunya cara untuk membuatkan anaknya yang berusia 9 tahun tidak lari daripada rumah lagi. Wanita tersebut berbuat demikian selepas menuntut anaknya dari balai polis.

Pihak polis teleh menemui kanak-kanak tersebut di tepi jalan dan telah membawanya pulang ke balai polis dalam memastikan keselamatannya. Bagaimanapun, ketika ibu kepada kanak-kanak tersebut datang untuk menuntut anaknya, kanak-kanak berkenaan enggan mengikut ibunya pulang malah berkata lebih sanggup tinggal di balai polis sahaja.


Wanita tersebut kemudiannya berjaya meyakinkan pihak polis yang dia akan melayan anaknya dengan lebih baik selepas ini. Apa yang berlaku selepas itu, ibu berusia 39 tahun itu bertindak merantai anaknya untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut lari. Kanak-kanak tersebut masih berkeras tidak mahu mengikut ibunya dilihat mengelupur di atas lantai dan lari memeluk pokok.

Berdasarkan sumber lagi, wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal yang menganggur dan tidak mendapat pendapatan yang tetap. Beliau juga mendakwa yang anaknya memang suka melarikan diri daripada rumah. Wanita tersebut bagaimanapun berada di bawah pemerhatian pertubuhan sosial dan pihak berkuasa. - mygossipdot.blogspot.com

Ibu Muda Sanggup Rantaikan Anak Elak Lari Dari Rumah (2 Gambar) Ibu Muda Sanggup Rantaikan Anak Elak Lari Dari Rumah (2 Gambar) Reviewed by Unknown on Sunday, October 12, 2014 Rating: 5

No comments