Lawak!! Hisap Puting Sambil Curi Kereta (3 Gambar)
Lawak!! Hisap Puting Sambil Curi Kereta (3 Gambar) | Oklahoma City - Jika disebut sahaja perkataan penjenayah, kita akan terus terbayangkan lelaki dengan parut di muka, tatoo penuh dibadan atau rambut yang terpacak. Tapi dalam satu kes kecurian kereta di Oklahoma, lain pula jenis penjenayahnya.
Polis Bandar Oklahoma kini sedang mencari seorang lelaki yang menjadi suspek utama dalam kes kecurian kereta. Apabila melihat kepada gambar suspek yang sempat dirakam oleh cctv, suspek itu tidak tampil dengan tatoo ataupun parut. Polis Oklahoma, Sgt. Jennifer Wardlow berkata, "Perkara yang aneh tentang kes ini adalah suspeknya sedang menghisap puting susu ketika melakukan jenayah ini. "
Penjenayah yang dikenali dengan nama "Binky Bandit" dituduh mencuri sebuah kereta ketika sedang menghisap puting susu. Menurut sumber, pemberita sudah ke rumah suspek pagi tadi tapi rumah tersebut didapati kosong.
Lawak!! Hisap Puting Sambil Curi Kereta (3 Gambar)
Reviewed by Unknown
on
Friday, September 26, 2014
Rating:
No comments
Post a Comment