Ibu Mohon Maaf Pada Cikgu Yang Dituduh Menampar Anaknya (4 Gambar)

Ibu Mohon Maaf Pada Cikgu Yang Dituduh Menampar Anaknya (4 Gambar)

Ibu Mohon Maaf Pada Cikgu Yang Dituduh Menampar Anaknya (4 Gambar) | Akhirnya, kes murid ditampar cikgu ternyata satu rekaan sahaja apabila ibu kepada murid tersebut tampil memohon maaf. Selain itu, bapa saudara kepada murid itu yang tampil membuat laporan Polis turut memohon maaf secara terbuka di dalam satu status Facebook beliau.


Georgetown :“Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong,” kata Norhafizah Abu Bakar, 27, yang kesal dengan insiden anak lelakinya, Muhammad Azrul Danish, 7, ditampar guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Kesal dengan apa yang berlaku Norhafizah, tampil membuat permohonan maaf itu kepada semua tenaga pengajar sekolah terbabit terutama pengetuanya. 

Katanya, pihaknya membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ingin menyelesaikan masalah berkenaan secara baik selain turut mengaku kejadian berpunca akibat sikap yang terlalu terburu-buru. 

“Tindakan terburu-buru kami mengakibatkan berlaku salah faham selain mendengar sebelah pihak semata-mata, saya meminta maaf kepada guru besar, Aliasa Abdul Rahman, guru bahasa Inggeris dan semua guru Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong.


NORHAFIZAH membuat permohonan maaf secara terbuka kepada guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong, Pulau Pinang kerana dakwaan anaknya dipukul.


Permohonan maaf bapa saudara murid tersebut turut dibuat di ruangan status Facebook beliau.

“Saya mengaku atas kesilapan dalam menangani masalah itu dan demi menjaga nama baik sekolah serta mempertahankan kredibiliti, integriti dan maruah semua tenaga pengajar sekolah permohonan maaf ini dibuat,” katanya, semalam.

Dia dan suami turut melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku selain berhasrat menemui guru besar termasuk guru wanita untuk meminta maaf sekali gus menyelesaikan masalah itu. -Hmetro

Walau bagaiamanapun, melalui satu page Facebook khas dicipta untuk menyokong cikgu yang dituduh tersebut tetap menyarankan agar saman diteruskan kepada pihak penjaga murid itu sebagai pengajaran kepada ibu-bapa yang lain. Ini berikutan mereka merasakan maruah profesion perguruan semakin dipijak-pijak dan dipandang rendah oleh masyarakat ekoran fitnah yang kerap timbul kepada rakan sejawat mereka. 



Ibu Mohon Maaf Pada Cikgu Yang Dituduh Menampar Anaknya (4 Gambar) Ibu Mohon Maaf Pada Cikgu Yang Dituduh Menampar Anaknya (4 Gambar) Reviewed by Unknown on Tuesday, September 02, 2014 Rating: 5

7 comments

  1. Moga kes ini jadi pengajaran pd kita

    ReplyDelete
  2. Profesion guru paling rendah?? Pastu nk bilik n pembantu???siap ckp duk kt kerusi plastik rm10...hmmm....bersyukur laa dgn ape yg ade en fadhly ex... mcm yg slalu d perkatakn...'murid sklh skang xsame ngan murid dulu2' dan mcm tu jgk lah.... 'ckgu sekarang,xsame mcm ckgu dulu2..'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih mencari kelemahan guru? Mesti ko pun same mcm mak budak tuh yer.. aku harap cikgu tuh saman jeh.. biar jadikan pengajaran..

      Delete
  3. Cikgu2 ada mengajar kita
    1. Sudah terhantuk baru terngadah
    2. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
    3. Terlajak perahu, boleh berundur..terlajak kata..badan binasa..
    Apakah kalian tak pernah dengar? Tak pernah menjawab soalan2 bahasa Melayu di sekolah dulu?

    ReplyDelete
  4. Parents xblh letakkn tgjwb 100% pd guru untk mdidik ank2 mreka. Sikap tmk haloba & mgikut jejak parents yg sblm ini yg mbtkn kes sbgni smakin mjdi2. Kdg2 hal bgni tmbul dsebbkn oleh sikap pljr sndiri. Bila dh cgu ambil tndakn,pljr pula akn fkrkn cr untk bls dendam dgn cr mggunakn parents. Parents kna dgr dr kedua2 belah pihak sblm mbt ulasan sndiri. Sy mbri pndpt bgni pn bdsrkn apa yg sy lihat dsklh & dlm kls sy.

    ReplyDelete
  5. Kadang2 rasa patah semangat dengan sikap ibubapa yang mengambil tindakan membabi buta..

    ReplyDelete