Selepas Bunuh Ibubapa Sendiri, Pesakit Jiwa Ada Niat Bunuh Abang
Selepas Bunuh Ibubapa Sendiri, Pesakit Jiwa Ada Niat Bunuh Abang - HONG KONG: Selepas membunuh ibu dan bapanya, Henry Chau dilaporkan berniat melakukan perkara sama kepada abangnya dan kemudian ke Tanah Besar China untuk membunuh orang lain.
Perkara ini disahkan sepupu Henry sendiri, Siu Wing-kwan, di dalam perbicaraan kes tersebut, lapor South China Morning Post.
Henry, 30, diberitakan mengerat tubuh ibu bapanya yang berusia 60an dan kemudian mengasin dan memasak mayat mereka.
Pembunuhan kejam itu dilakukan Henry bersama rakannya Tse Chun Kei, 36, atau ‘Ah Kei’.
Menurut pendakwaraya Michael Arthur, kedua-dua suspek telah merancang pembunuhan itu dengan segala persediaan seperti membeli pisau, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi berbulan-bulan sebelumnya, lapor harian tersebut.
Kepala dan organ Chau Wing-ki, 65, serta isteri Siu Yuet-yee, 62, ditemui dalam dua peti sejuk pada 15 Mac, manakala kotak cebisan mayat mereka diasin dan dipek di dalam bekas makanan.
Malam sebelum ditahan polis pada 15 Mac, Henry memberitahu Siu bahawa dia berniat membunuh abangnya, Chau Hoi-ying, 35.
Siu, yang merupakan saksi pendakwaraya, memberi keterangan di Mahkamah First Instance bahawa Henry ada berjumpa dengannya di Tsim Sha Tsui dan memberitahu dia mahu mengakhiri riwayat hidupnya sebelum usianya mencecah 30 tahun.
Walau bagaimanapun, Henry menukar fikiran selepas bertemu Ah Kei dan kemudian merancang untuk membunuh yang lain.
“Henry ingin membunuh diri kerana benci ibu bapanya yang mempunyai terlalu banyak keperluan yang tidak dapat dipenuhinya.
“Kata Henry, bapanya pernah memukul abangnya, dan kemudian abangnya pula memukul Henry. Sebab itu Henry membenci abangnya.
"Henry turut berniat menjadikan abangnya sebagai sasaran seterusnya, namun membatalkan niat itu kerana abangnya berlaku baik terhadapnya sepanjang minggu tersebut,” terang Siu kepada Mahkamah.
Pendakwaraya kemudiannya menunjukkan isi kandungan perbualan WhatsApp Henry yang dihantar kepada rakan-rakannya, yang antara lain mengaku dirinya sebagai ‘pesakit jiwa yang tiada belas ihsan terhadap penderitaan orang lain’.
Mesej tersebut telah dihantar sebelum Henry berjumpa Siu.
Ketika pertemuannya dengan Henry, Siu percaya sepupunya itu telah membunuh ibu bapanya sendiri.
Siu berkata Henry pada mulanya mencampakkan cebisan mayat ke laut, namun terpaksa mengubah cara melupuskannya setelah ia terapung.
Henry kemudian bertindak memasukkan cebisan mayat ke dalam bekas dan membuangnya seperti sampah.
"Dia bercerita dengan begitu tenang. Saya dapat rasa Henry ketika itu begitu bangga apabila kaedah melupuskan mayat tersebut tidak dapat dikesan," kata Siu dalam laporannya.
Memetik keterangan abangnya, Hoi-ying, di mahkamah, laporan itu berkata, "Henry hidup dalam dunianya sendiri dan berfikir dengan caranya sendiri. Dia rasa dunia ini terhutang budi kepadanya.”
Kata Hoi-ying, dia tidak menyangka 1 Mac merupakan kali terakhir dia berbual bersama ibu bapanya.
Pada 5 Mac, Hoi-ying ditanya saudara mara di mana ibu bapanya berada. Namun, Henry memaklumkan kepada mereka yang ibu bapanya melancong ke Tanah Besar China dan kemungkinan besar telefon bimbit mereka kehabisan bateri.
Hoi-ying kemudian membuat laporan polis pada 9 Mac.
Henry dan Ah Kei dituduh membunuh ibubapa Henry di rumah Ah Kei di Flat Tai Kok Tsui, Kowloon, Hong Kong, pada bulan Mac tahun lepas.
Kedua-dua mereka, walau bagaimanapun, menafikan pertuduhan tersebut.
Selepas Bunuh Ibubapa Sendiri, Pesakit Jiwa Ada Niat Bunuh Abang
Reviewed by Unknown
on
Friday, August 08, 2014
Rating:
No comments
Post a Comment