Guna Rim Tayar Kangkang, Denda RM300 Menanti
Guna Rim Tayar Kangkang, Denda RM300 Menanti | Jabatan pengangkutan jalan Malaysia sedang memburu pesalah kereta yang memakai rim dan tayar kangkang. Tayar kangkang adalah tayar yang sengaja disengetkan dan saman JPJ menanti jika ditangkap. RM300 akan dikenakan kepads pemilik kereta tayar kangkang.
Penggunaan tayar kangkang adalah sangat bahaya kerana luas permukaan tayar yang menyentuh jalan sangat sedikit. Ini mengurangkan cengkaman sekaligus mengurangkan kecekapan membrek dan kereta mudah hilang kawalan.
Sukar difahami, kenapa masih ramai yang terikut dengan trend tidak selamat dan pelik ini. Kebanyakan model seperti Perodua Alza, Myvi dan Viva dilihat melakukan modifikasi berbahaya ini.
Sumber : MyMediaHub
Guna Rim Tayar Kangkang, Denda RM300 Menanti
Reviewed by Unknown
on
Sunday, August 24, 2014
Rating:
No comments