Wanita Pakai Maskara Curi Milik Mangsa MH17, Dikecam (5 Gambar)

Wanita Pakai Maskara Curi Milik Mangsa MH17, Dikecam (5 Gambar)

Wanita Pakai Maskara Curi Milik Mangsa MH17, Dikecam (5 Gambar) | Seorang wanita warganegara Ukraine mencetuskan kontroversi apabila memuatnaikkan gambarnya di laman Instagram dengan memakai maskara yang dicuri dari lokasi pesawat MH17 terhempas.

Ekaterina Parkhomenko yang melabelkan dirinya anggota puak pemisah Ukraine di Instagram, memuatnaik gambar itu dengan ‘caption’ “Mascara from Amsterdam; to be precise, from the field. Well, you understand.”

Wanita Pakai Maskara Curi Milik Mangsa MH17, Dikecam (5 Gambar)

Menurut laporan news.com.au, Parkhomenko tinggal di bandar Torez dimana pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai yang lalu.

Parkhomenko dilaporkan tidak mengambil maskara itu sendiri, tetapi ia telah diberi kepadanya oleh seorang rakannya.

Tindakannya itu dikutuk hebat oleh pengguna media sosial dan The Telegraph melaporkan bahawa akaun Instagramnya telah dipadamkan.

Namun The Telegraph melaporkan Parkhomenho sempat membalas beberapa komen pada gambarnya.

Ada seorang pengguna Instagram berkata “Adalah satu perkara yang baik awak tidak makan makanan dalam penerbangan itu  atau apa-apa sahaja awak boleh jumpa.”

Untuk itu, Parkhomenho membalas “Adakah awak mahu saya menghantar makanan juga? Dan seluar dalam? Dan najis? ".

Berikut adalah antara reaksi pengguna media sosial: 







AstroAwani

Wanita Pakai Maskara Curi Milik Mangsa MH17, Dikecam (5 Gambar) Wanita Pakai Maskara Curi Milik Mangsa MH17, Dikecam (5 Gambar) Reviewed by Unknown on Sunday, July 27, 2014 Rating: 5

No comments