VIDEO : Pasaraya Terbiar Di Bangkok Jadi Tempat Pembiakan Ikan (10 Gambar)

Pasaraya Terbiar Di Bangkok Jadi Tempat Pembiakan Ikan (10 Gambar)

Video : Pasaraya Terbiar Di Bangkok Jadi Tempat Pembiakan Ikan (10 Gambar) | Pasaraya terbiar dipercayai terletak di Bangkok Thailand ini dahulunya mempunyai berketinggian 11 tingkat tetapi pada tahun 1997, tujuh tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang.

Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.

Hujan yang turun menyebabkan air bertakung lalu tingkat bawah menjadi kolam mengakibatkan banyak nyamuk membiak di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!

Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.

Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.












Video : 



Perhhh... best ni...

VIDEO : Pasaraya Terbiar Di Bangkok Jadi Tempat Pembiakan Ikan (10 Gambar) VIDEO : Pasaraya Terbiar Di Bangkok Jadi Tempat Pembiakan Ikan (10 Gambar) Reviewed by Unknown on Wednesday, July 02, 2014 Rating: 5

No comments