MH17 : Senarai Jumlah Penumpang Mengikut Negara
MH17 : Senarai Jumlah Penumpang Mengikut Negara | Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).
Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.
Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.
Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk.
“Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.
Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.
Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.”
Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat
Komposisi Penumpang (Sila rujuk kepada Siaran Media Rasmi MAS) jika ada keraguan.
SENARAI PENUMPANG DAN KREW SECARA LISAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. NETHERLANDS : 143
2. AUSTRALIA : 27
3. MALAYSIA : 20
4. INDONESIA : 11
5. UK : 6
6. JERMAN : 4
7. BELGIUM : 3
8. FILIPINA : 3
9. KANADA : 1
10. BELUM DIKENALPASTI : 62
JUMLAH PENUMPANG : 280
JURUTERBANG : 4
KABIN KREW : 11 semua W/N MALAYSIA.
JUMLAH BESAR PENUMPANG DAN KREW : 295 ORANG
MH17 : Senarai Jumlah Penumpang Mengikut Negara
Reviewed by Unknown
on
Friday, July 18, 2014
Rating:
No comments
Post a Comment