MH17 : Jawapan Adakah MH17 Lalu Zon Larangan Terbang atau Tidak

MH17 : Jawapan Adakah MH17 Lalu Zon Larangan Terbang atau Tidak

MH17 : Jawapan Adakah MH17 Lalu Zon Larangan Terbang atau Tidak | Kini ramai tertanya-tanya kenapa MH17 terbang di ruang udara panas yang akhirnya ditembak jatuh.

Melalui satu WhatsApp seorang pilot dari MAS (bukan pilot MH17) tetapi kawannya, juruterbang itu mendedahkan perkara sebenar tentang zon larangan terbang.

Pilot itu memberitahu bahawa ruang udara itu baru saja dilalui olehnya dan tiada masalah. Dia baru pulang dari German melalui kawasan ruang udara itu.

Selain pesawat MAS, banyak lagi pesawat turut melalui tempat kejadian.

Antara pesawat yang melalui zon tersebut ialah Thai, Singapore, Air France dan banyak lagi. Jadi sememangnya pesawat MH17 dalam route yang betul.

Berita kononnya MH17 melalui zon larangan terbang adalah tidak benar. Hanya Amerika Syarikat dan Korea Selatan tidak membenarkan pesawat mereka melaui kawasan itu kerana faktor tertentu.

Pesawat MH17 juga berada di 33000 kaki yang mana sepatutnya ruang udara yang selamat.

Sememangnya ini MH17 berada di ruang udara Ukraine hanyalah kebetulan dan pada waktu yang salah ketika Misil dilancarkan. Ianya ketentuan Tuhan. Qada dan Qadar.

Orang lain berperang dengan orang lain. Tetapi Malaysia yang jadi mangsa. Itulah keadaan kita sebenarnya.

Salam takziah untuk semua pihak yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam insiden berkenaan.

MH17 : Jawapan Adakah MH17 Lalu Zon Larangan Terbang atau Tidak




MH17 : Jawapan Adakah MH17 Lalu Zon Larangan Terbang atau Tidak MH17 : Jawapan Adakah MH17 Lalu Zon Larangan Terbang atau Tidak Reviewed by Unknown on Saturday, July 19, 2014 Rating: 5

No comments