MH17: "Adik Teruja Hendak Balik Beraya"

mh17


MH17: "Adik Teruja Hendak Balik Beraya" - SEPANG: Abang kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis berkata adiknya Md Ali Md Salim, 30, begitu teruja untuk pulang beraya di kampung mereka di Muar, Johor.

Menurut Md Zaki, seminggu sebelum kejadian adiknya sempat berbual di laman sosial Facebook dan menyatakan hasrat untuk membeli seluar dan kasut untuk semua anggota keluarganya.

"Dia sempat bertanya kepada kami meminta saiz seluar dan kasut untuk dibelinya," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Md Ali yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik itu sedang melanjutkan pelajaran dan menyiapkan tesisnya dalam kajian psikologi peringkat Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti di Armsterdam.

"Setelah mendapat berita dari kakak, saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS sahkan adik saya adalah salah seorang penumpang pesawat itu," kata Md Zaki.

sebelum ini admin ada bekongsi mengenai status terakhir Md Ali Md Salim sebelum pesawatnya berlepas.


Penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.




MH17: "Adik Teruja Hendak Balik Beraya" MH17: "Adik Teruja Hendak Balik Beraya" Reviewed by Unknown on Saturday, July 19, 2014 Rating: 5

No comments

Post a Comment