MH 17: "Bismillah.. #hatiadasikitgentar" Luahan Hati Penumpang Sebelum Berlepas



MH 17: "Bismillah.. #hatiadasikitgentar" Luahan Hati Penumpang Sebelum Berlepas - Seorang mangsa MH17, Md Ali Md Salim, sempat merakamkan detik-detik sebelum pesawat malang berkenaan berlepas.

Video berdurasi 14 saat itu memaparkan beberapa penumpang sedang menguruskan bagasi masing-masing, di samping suara kapten yang membuat pengumuman tentang status kapal terbang yang akan berlepas.

Md Ali turut memuat naik statusnya bersama video tersebut dan menyatakan:

"Bismillah... #hatiadasikitgentar”.

Md Ali merupakan pelajar PhD Universiti Erasmus Rotterdam dan mahu pulang ke tanah air untuk menyambut hari raya di kampung halamannya di Muar, Johor.

Md Ali merupakan antara 43 rakyat Malaysia yang disahkan berada dalam penerbangan berkenaan yang terhempas di Ukraine.

Video



Lagi artikel berkenaan dengan MH 17:









MH 17: "Bismillah.. #hatiadasikitgentar" Luahan Hati Penumpang Sebelum Berlepas MH 17: "Bismillah.. #hatiadasikitgentar" Luahan Hati Penumpang Sebelum Berlepas Reviewed by Unknown on Friday, July 18, 2014 Rating: 5

No comments