Kisah Benar - Perihal Gaji, Udang dan Zuhud Selepas Berhenti Kerja


(gambar terakhir sebelum dijual.... isk3)

Selepas Graduasi...

Kisah Benar -  Perihal Gaji, Udang dan Zuhud Selepas Berhenti Kerja | Dulu selepas graduasi, sama seperti kebanyakan graduan yang lain aku terus mencari kerja. Pada asalnya ada dua syarikat yang aku sangat teringin nak masuk, iaitu Bank Negara Malaysia dan Khazanah. Kenapa? Of course, sebab gaji diorang tinggi dan benefit sangat banyak.

Alhamdulillah dipanggil interview untuk kedua2 BNM dan Khazanah, tapi tak lepas pun akhirnya. Tapi dipanggil interview itu pun lepas aku dah terima tawaran kerja di Public Bank. Memandangkan dua2 tempat tu x dapat, aku pun teruskan jela kerja kat Public Bank. Time tu nak kumpul duit kahwin, jadi x boleh memilih sangat.

Gaji bulanan RM2,800, lepas tolak EPF jadila RM2,400.... Dengan penuh keazaman sebelum kahwin tu aku berjaya simpan sebulan RM2,000. Agak kagum dengan diri sendiri haha, tapi yelah kan, rumah masih lagi rumah parent, kereta pun dah bawak dari UK. RM400 hanya untuk minyak, makan lunch, dan tambang LRT Putra.

8 Februari 2013, alhamdulillah akhirnya bergelar suami. Memandangkan sekarang dah tak ada tekanan untuk simpan duit yang banyak, dan mindset ingin selalu gembirakan isteri, aku pun mula tak berjimat sangat. Lebih malang lagi dari semasa ke semasa ada je masalah, kereta rosaklah, kena bayar saman lah, itu lah, ini lah. Menjadikan aku rasa RM2,800 sebulan tu tak cukup.

Aku dari awal lagi duk membanding-bandingkan gaji aku dengan kawan-kawan yang lain... Walaupun kerja bank ni sebenarnya banyak dia kat bonus (yang aku hanya akan layak dapat kalau dah kerja lebih setahun), tapi aku masih duk bandingkan dengan kawan2 yang dapat RM3,500, RM3,200 sebulan malahan dengan yang dapat RM3,000 pun aku masih bandingkan

Kemudian atas sangat banyak faktor, kerja tak minat, tak rasa otak berkembang, tak rasa menyumbang apa2, tak rasa dapat gaji yang cukup, dan lain2 (oh tapi aku sangat suka collague aku).... Akhirnya aku quit Public Bank dan keluar jadi financial planner. Satu keputusan yang bukan saja mengubah hidup aku, tapi mengubah cara aku memandang dunia.....


Kehidupan Sebagai Financial Planner

Cerita panjang jadi pendek, Financial Planner (FP) ni memang susah nak hidup buat full time melainkan anda memang jenis muka tebal dan anda memang tak kisah menipu atau cakap lebat bak kata orang. Sebab at the end of the day, untuk survive dan menjadi kaya sebagai FP, anda perlu menjadi salesman. Push untuk jual produk anda kepada siapa saja tak kira benda tu bagus ke tidak.

Hence aku tak suka, dan at the same time aku x berjaya la jugak, sebab memang aku bukan jenis macam tu. Dari awal aku dah set aside lebih kurang 6 bulan worth punya cost of living lepas quit Public Bank tu. Tapi sebab pada asalnya gaya hidup aku tak berubah sangat, 4 bulan punya worth habis dalam masa 2 bulan (of course ada beberapa musibah gak time tu). Hence aku tinggal lagi 2 bulan punya worth.... untuk aku guna.... hanya Allah yang tahu berapa lama.... Aku jatuh ke dalam depression....

So.... gaya hidup aku mula berubah... Daripada sebelum ni aku x kisah bayar Celcom RM98 sebulan, aku tukar amik UMobile yang bayar RM28 sebulan. Makan luar memang dah jarang sangat2.... Kalau makan pun hanya di kedai-kedai makan yang biasa, tidak lagi di Chinese atau Japanese Restaurant atau Buffet seperti sebelum ni.... Dan malahan pada bulan-bulan aku dapat income RM500-RM1,000 pun aku dah cukup gembira dan merasakannya banyak...

Banyak...? It's not even half of my previous salary at Public Bank.... But indeed, rezeki itu di tangan Allah....

Let me share with you one story....

Udang

Pada zaman-zaman depresion time tu, tengah x tentu hala tuju dan xde duit, aku tiba-tiba mengidam nak makan udang goreng. Well... kalau time aku kerja Public Bank dulu of course malam tu jugak aku akan keluar ke Chinese Restaurant ke atau Steamboat Buffet mana2 untuk makan udang. Tapi time tu aku xde duit... Jadi just cerita2 mengidam la kat wife aku yang aku teringin nak makan udang....

Beberapa hari kemudian.... tiba-tiba ayah saudara isteri aku datang. Dia kata ada kawan dia dari Sabah datang Semenanjung dan bagi dia banyak udang2 besar tahap tapak tangan.... Memandangkan diorang tak selalu sangat masak kat rumah jadi dia bagi kitorang.... Dan memandangkan kat rumah ni aku dengan wife aku je makan udang.... Jadi semua udang2 besar tahap tapak tangan yang aku x pernah jumpa kat pasar di Msia tu pun semua dapat kat kitorang.....

Masa tu rasa sangat.... Sangat rasa... Yang rezeki tu bukanlah dari pekerjaan kita, bukan boss kita, bukan kerajaan... Malahan rezeki itu bukan dalam bentuk duit.... Tetapi rezeki itu dari Allah... dalam bentuk sesuatu yang kita merasa nikmat ketika memperolehinya.....

Orang yang mempunyai duit RM10 juta sekalipun, mungkin rezekinya hanyalah RM500,000.... selebihnya akan ditinggalkan untuk keluarganya selepas dia meninggal....


Antara Duit, Rezeki dan Zuhud

Sambung cerita.... So selepas 2 bulan berhenti kerja aku hanya tinggal 2 bulan punya duit utk hidup.... And guess how long I was able to survive with that amount of money? Approximately 6 months.... 6 bulan.... tripled the amount I should have been able to survive....

Yup, dari semasa ke semasa ada rezeki lain yang datang.... Aku ubah gaya hidup, aku lebih bersyukur apa yang ada, dan sabar melihat dugaan2 dunia.... Dan akhirnya duit aku memang literally habis... Emmm... around RM20? lol....

Tiba2 Allah bagi lagi rezeki dengan ada orang nak beli kereta aku, dan aku sendiri dapat tempat untuk sambungkan pelajaran... Dan lepas tu aku dapat pinjaman MARA.... It's not much, just around RM800 per month....

Still.... bagi aku yang sekarang... RM800 itu sangatlah cukup. Sangat.... Aku tak lagi bandingkan dengan pilihan-pilihan biasiswa yang lain, ataupun dengan pekerjaan yang lain... Atau tak juga berasa menyesal meninggalkan kerja di Public Bank yang kalau aku teruskan mungkin purata pendapatan bulanan aku dah sama dengan kawan2 yang lain....

Selain tu aku pun dah terpaksa downgrade kereta aku daripada Mazda 6, kereta yang aku sangat suka dan brand idaman aku sejak aku di bangku sekolah lagi kepada kereta kancil tahun 1996 (dah 18 tahun tu haha).... Pada asalnya rasa tersangatlah tak best... pick up slow sangat, gear ada sampai 4 je, pastu air cepat habis yang perlu isi balik setiap 2-3 kali guna... Tapi still, alhamdulillah sekarang dah biasa, dan kalau dulu bawak Saga aku rasa tak best, sekarang rasa bawak Saga pun dah cukup best.... Yang penting aku masih boleh pergi ke mana aku perlu pergi dengan kancil tu.....

Dari RM2,800 kepada RM800

Dari Mazda 6 kepada Kancil 1996 gear 4...

Aku masih lagi bersyukur kerana Allah meletakkan aku melalui semua itu.... Kerana dengannya aku mengerti erti duit, erti rezeki, dan erti nikmat.....

Dan yang paling penting sekali....

Kini aku mengerti erti zuhud....

Iaitu bersyukur dengan apa yang ada, dan redha dengan nikmat yang ditarik....

Sebagai tanda kita meletakkan dunia di tangan, bukannya di hati....

Setahun, semenjak aku keluar dari Public Bank.... Itulah tempoh untuk Allah memberiku tarbiyah berkaitan erti rezeki, nikmat dan zuhud....

Kini aku memilih untuk membuat apa yang aku suka, apa yang aku rasakan akan memberi manfaat kepada orang, walau dapat menolong orang lain walau secebis pun, aku merasa puas dan terus bersyukur dengan setiap nikmat dan pemberian Allah.... Dan nilai duit bukan lagi menjadi ukuran utama sekarang ni....

Aku yakin satu hari nanti aku akan kembali diuji.... Tapi aku pohon semoga Allah kekalkan sifat zuhud ini dalam diriku, isteriku dan keluargaku..... Dan kuatkan kami dengan sabar dan redha....


Kisah Benar - Perihal Gaji, Udang dan Zuhud Selepas Berhenti Kerja Kisah Benar -  Perihal Gaji, Udang dan Zuhud Selepas Berhenti Kerja Reviewed by Unknown on Thursday, July 03, 2014 Rating: 5

No comments

Post a Comment