"Kat Kubur Ni Kena Buat Muka Sedih Jer Agaknya Kan?" : Farish Aziz (3 Gambar)

"Kat Kubur Ni Kena Buat Muka Sedih Jer Agaknya Kan?" : Farish Aziz (3 Gambar)

"Kat Kubur Ni Kena Buat Muka Sedih Jer Agaknya Kan?" : Farish Aziz (3 Gambar) | Niatnya hanya cuma untuk berkongsi kemeriahan berhari raya di kampung bersama peminat.

Namun baru-baru ini, pelakon Farish Aziz bagaimanapun tersilap langkap apabila dia mendapat kecaman hebat masyarakat gara-gara memuat naik foto yang menunjukkan dia itu ber’selfie’ di kubur dan mendakwa aktor itu bergambar sehingga terpijak kubur yang lain.


Insiden tersebut telah mengundang kontroversi dan menyebabkan Farish menerima pelbagai komen negatif yang rata-ratanya menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakannya yang seakan-akan tidak sensitif.

Malah tidak kurang ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon yang berasal dari Sabah itu.


Bagaimanapun, Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman ini sempat memberikan penjelasan dengan menulis:


“Jarang2 saya layan komen ni. Tapi sekali sekala jawab apa salahnyakan? Terima kasih bebanyak di atas komen2 anda. Cuma nak tanya satu ja. Apa beza amek gambar di #kubur #kuburan ngn #selfie di kubur? Cuba try click hashtag tu? Ada lebih 4 ribu gambar orang amek gambar pagi raya di kubur. Takde pula salah kan? Mungkin sebab selfie saya senyum kot kan? Kat kubur ni kena buat muka sediiiiih jer agaknya kan? #selfie ni saya amek di pagi raya bersama family lepas ziarah kubur. Makcik-makcik, nenen; pakcik-pakcik saya pun tak tegur “eh kurang sopan kau ni ambil selfie di kuburan… Jadiiiii saya nak ucap terima kasih diatas teguran anda, tapi saya xder masalah kot di my side. Hari Raya abg2, kakak2, adik2 saya lagi appreciate kalau anda2 bagi salam raya ke wish raya ke duit raya ke. Dari nak menunjuk ini salah itu betul. Tapi terima kasih tau. P/S: mesti ada komen, biasalh artist, mana boleh ditegur . Bolehhh silakan… Tapi xkan nak diam diam dan terimaaaa je kan? salaam” tulisnya.

Dalam pada itu, Farish juga ada memuat naik status di laman sosial twitter miliknya yang menyatakan tidak perlu bagi dirinya untuk menjelaskan situasi yang berlaku.


“Why do i need to explain this? Haha. The exact spot sy amek pic berdiri. Xkan xtau kubur family.semoga anda diberkati.” luahnya.


Sumber


P/s : Selfie atas kuburan.. Harommmmm!!! :)

"Kat Kubur Ni Kena Buat Muka Sedih Jer Agaknya Kan?" : Farish Aziz (3 Gambar) "Kat Kubur Ni Kena Buat Muka Sedih Jer Agaknya Kan?" : Farish Aziz (3 Gambar) Reviewed by Unknown on Thursday, July 31, 2014 Rating: 5

No comments

Post a Comment