Doktor Suruh Enot Pergi Mati

enot


Doktor Suruh Enot Pergi Mati  - Enot mendakwa telah dimaki oleh seorang doktor kerana tidak mahu mendapatkan rawatan kemoterapi dan radioterapi untuk penyakit kansernya.

Enot berkata dia tidak akan ke hospital itu lagi dan rasa bengang sehingga ingin menumbuk muka doktor tersebut.

Enot kini menghidap penyakit kanser usus tahap dua dan tidak mahu membuat rawatan dari hospital kerana pengalaman dari keluarganya.

Ini kata Enot kepada mStar:

"Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

"Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu,"

"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.

"Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga,"

"Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti. 

"Kalau ada rezeki lebih saya memang teringin nak menunaikan umrah jika mendapat peluang itu," 

Sebagai seorang doktor yang sememangnya sangat sinonim dengan tahap IQ yang tinggi, memang tak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang sedemikian kepada pesakit. Sepatutnya semakin tinggi pendidikan seseorang, semakin kaya la budi bahasanya dan admin yakin, kalau orang lain pun pasti akan tersinggung dengan perkataan "pergi mati" yang dikeluarkan oleh seorang doktor. 

Apa-apa pun, kami warga apahell mendoakan yang terbaik buat Enot. Semoga impian Enot untuk mengerjakan umrah terlaksana dan segala urusan Enot dipermudahkan olehNya. 

Hasbunallah wanikmal wakil, nikmal maula wanikmal nasir..


Doktor Suruh Enot Pergi Mati Doktor Suruh Enot Pergi Mati Reviewed by Unknown on Wednesday, July 16, 2014 Rating: 5

No comments