Doktor Keluarkan 232 Batang Gigi Daripada Mulut Seorang Remaja

ashik gavai


Doktor Keluarkan 232 Batang Gigi Daripada Mulut Seorang Remaja - MUMBAI: Pakar bedah di Mumbai mengeluarkan 232 batang gigi dari mulut seorang remaja dalam apa yang dipercayai sebagai satu rekod dunia, lapor agensi berita AFP.

Ashik Gavai, 17, berjumpa doktor selepas bengkak gusi kanannya. Dia dirujuk kepada Hospital JJ di Mumbai.

ashik gavai

"Kami membedahnya pada Isnin dan ia mengambil masa hampir tujuh jam. Kami fikirkan ia hanya satu pembedahan yang mudah tetapi apabila dibedah, kami lihat ada banyak gigi kecil seperti mutiara dalam rahangnya," kata Dr. Sunanda Dhivare-Palwankar seperti dipetik oleh AFP.

Doktor juga menemui satu struktur seperti batu marmar. Mereka pada mulanya berdepan kesukaran untuk mengeluarkannya dan terpaksa "menggergajikannya" dan mengeluarkannya sedikit demi sedikit, kata doktor itu.

ashik Gavai


Keluarga Ashik bimbang bengkak pada gusinya itu barah. "Saya bimbang itu barah, itu sebab saya bawa dia ke hospital xdi Mumbai," kata bapanya, Suresh Gavai kepada Mumbai Mirror.

Menurut Dr. Dhivare-Palwankar kes yang dicatatkan sebelum ini ialah 37 batang gigi dikeluarkan dalam pembedahan seperti itu. Dia dan pasukannya mengira ada 232 batang gigi yang diambil daripada mulut Gavai.

"Saya rasa ini rekod dunia," katanya.

Tulang rahang Gavai tidak diusik sepanjang pembedahan dan kata doktor dia akan pulih tanpa sebarang kecacatan. -- AFP

Doktor Keluarkan 232 Batang Gigi Daripada Mulut Seorang Remaja Doktor Keluarkan 232 Batang Gigi Daripada Mulut Seorang Remaja Reviewed by Unknown on Friday, July 25, 2014 Rating: 5

No comments

Post a Comment