Anggota Polis Marin Maut Diserang 8 Pengganas (4 Gambar)
Anggota Polis Marin Maut Diserang 8 Pengganas (4 Gambar) | Seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.
Difahamkan, ketika kejadian dua anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan.
Menurut sumber, sebuah bot ronda polis marin yang cuba memberi bantuan turut diserang, namun anggota terbabit dapat berlindung daripada tembakan.
Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya ketika dihubungi BH.
Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing. ─ bharian.com.my
Anggota polis yang meninggal dalam kejadian tersebut ─ Al-Fatihah
KRONOLOGI KEJADIAN (Sumber komentar, Samsudin Dahalan di FP SiakapKeli)
PADA 12 JUL 2014 JAM LKURANG 2300 ANGGOTA MARIN SEMPORNA TERIMA MAKLUMAT DARIPADA PGR 12 MENGATAKAN ADA KES PENCULIKAN DI RESORT BILABONG.
SEMASA PANGGILAN DIBUAT PGR 12 SEDANG BERBALAS TEMBAKAN DENGAN BOT PENCULIK DAN PANGGILAN TERPUTUS.
SETAKAT INI DISKRIPSI PENCULIK / MANGSA TERLIBAT BELUM DAPAT DISAHKAN.
ANGGOTA UTK TELAH BERGERAK KE KAWASAN KEJADIAN DAN KEADAAN AIR SURUT DIPERCAYAI BOT PENJENAYAH TERSANGKUT.
DISKRIPSI MAKLUMAT PENCULIK MASIH BELUM DIPEROLEHI DAN 2 ANGGOTA POLIS DILAPORKAN HILANG IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN DAN KONST 176543 ZAKIA B. ALEIP.
DIPERCAYAI TELAH DICULIK/DITANGKAP SERTA 1 M16 HILANG.
KUMPULAN PENCULIK SERAMAI L/K 8 ORG BERPAKAIN SELUAR CELORENG BAJU HITAM DAN SENJATA MESINGUN.
SATU MAYAT ANGGOTA MERIN YG HILANG TELAH DITEMUI IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN,
As Salam Ydh Tan Sri IGP, Tan Sri DIGP , Dato'Sri2 , DW , DP dan Dato2.
Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad , Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna.
Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .
Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah bot ronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yang berhampiran dengan tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindungan.
Kumpulan saspek di syaki datang daripada arah Filipina yang bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yang surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang.
Semasa kejadian saspek telah melepaskan sekurang-kurangnya (10) das tembakan rambang ke arah jeti, bot ronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception.
Apabila keadaan reda pemeriksaan dibuat oleh Sjn Jeffridin yang berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha-usaha mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang sama ada di culik atau masih dicari.
Tindakan PPM (operasi) Semporna :
1. Botronda RH45 dan PGR 12 Bersama PPMO Semporna ke lokasi kejadian utk memberi bamtuan ,
2. Botronda PSC58 telah diarahkan utk buat cut-off di Pulau Adal,
3. Botronda RH46 telah diarahkan utk area-scanning di sekitar Laut Pu Mabul, dan
4. Usaha mengesan mangsa sedang dilaksanak bersama KD Lekiu (Helicopyer Super-Link ).
Rumusan
8 orang suspek berlatarbelakangkan komando atau militan tidak boleh dipandang rendah ataupun ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau-pulau atau daratan untuk membalas dendam kepada penguatkuasa kita atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom).
Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.
Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi.
Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik.
T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah.
Anggota Polis Marin Maut Diserang 8 Pengganas (4 Gambar)
Reviewed by Unknown
on
Sunday, July 13, 2014
Rating:
No comments
Post a Comment