Status Agama Wanita Yang Didakwa Mualaf Diputuskan Khamis

Status Agama Wanita Yang Didakwa Mualaf Diputuskan Khamis - GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang akan memutuskan status sama ada wanita Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya Nora Teoh Abdullah, 38 tahun beragama Islam atau sebaliknya esok .


Keputusan itu dibuat Hakim, Zaim Md Yudim semasa prosiding yang dijalankan  secara tertutup selama lima jam lewat petang tadi.

Peguam keluarga itu, Wan Faridulhadi Mohd Yusof berkata, keputusan akan dibuat selepas kesemua saksi memberi keterangan hari ini.

status mualaf

Seramai empat orang saksi  terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan juga teman rapat keluarga termasuk anak sulung si mati berusia 16 tahun yang memberi keterangan.

“Semua keterangan itu telah diberikan saksi iaitu rakan keluarga dan juga anak si mati sendiri. Bagi pihak majlis agama Islam, saksi-saksinya terdiri daripada wakil Pendaftar Mualaf dan juga orang yang terlibat dalam mengendali pengisian borang tersebut dan keputusan akan di putuskan esok pada jam 2 petang,” kata Wan Faridulhadi.

Terdahulu MAIPP yang juga plaintif telah membuat permohonan di bawah seksyen 61(3)(10) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang iaitu pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu sama ada beragama Islam atau sebaliknya.

Pada prosiding hari ini, ahli keluarga diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala MAIPP diwakili peguam Noor Asyimah Ramli.

Pada Sabtu, Teoh Cheng Cheng, seorang pelayan berumur 38 tahun meninggal dunia selepas menggantung dirinya di rumahnya di Lebuh Macallum, Pulau Pinang selepas dikatakan bertengkar dengan teman lelakinya.

Mayat Teoh yang sepatutnya disemadikan petang Isnin lalu mengikut upacara adat Tao, telah dihentikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang datang menuntut mayatnya.

Selepas perbincangan, keluarga mendiang membenarkan JAIPP untuk  mengambil mayat Teoh. Namun, keluarganya kemudiannya mengubah fikiran dan dilaporkan telah berjumpa dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri Lim Guan Eng meminta bantuan untuk menyemadikan beliau mengikut tradisi agama Buddha.




Status Agama Wanita Yang Didakwa Mualaf Diputuskan Khamis Status Agama Wanita Yang Didakwa Mualaf Diputuskan Khamis Reviewed by Unknown on Thursday, June 12, 2014 Rating: 5

1 comment