Ibu Tiri Paksa Makan Pasir dan Lumpur
Ibu Tiri Paksa Makan Pasir dan Lumpur - BANGALORE – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang dipaksa makan pasir dan lumpur, yang dicampur dengan nasi oleh ibu tirinya, terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan batu sebesar saiz telur dalam pundi kencingnya.
Budak itu, mengalami kesakitan yang amat sangat sejak setahun lalu. Dia melarikan diri dari rumah pada 2013 dan merayau di sekitar jalan raya, sebelum ditemui oleh polis dan dihantar ke rumah kebajikan.
Namun dia mengalami kesakitan itu sejak masuk ke rumah tersebut dan menjadi bahan ejekan budak-budak di situ selepas air kencingnya mempunyai bau yang amat busuk.
Dia bernasib baik kerana pasukan sukarelawan People Tree Hospital menemuinya bulan lepas dan mereka telah merawatnya.
“Pada mulanya kami lihat dia sangat lemah dan menangis sambil memegang perutnya. Kami menjalankan ujian dan terkejut kerana menemui batu sebesar telur dalam pundi kencingnya. Dalam masa dua hari, kami melakukan pembedahan ke atasnya,” kata Dr. Dr Chetan Ginigeri.
Beliau berkata, budak itu kini semakin sihat dan tidak mengalami sebarang masalah lagi.
“Pada sesi kaunseling, dia memaklumkan bahawa ibu tirinya selalu memaksanya makan pasir dan lumpur. Kami terpaksa memintanya minum banyak air,” katanya.
People Tree Hospital cuba menemukan budak itu dengan keluarganya, namun dia tidak mahu pulang ke rumahnya.
psst: Ibu tiri memang sinonim dengan perbuatan yang kejam, dan jadi watak hitam. Mungkin kerana anak yang diperlakukan itu bukan anak kandungnya, jadi kuranglah sifat kasih sayang pada si anak itu. Tapi bukankah kita diajar untuk sayang menyayangi sesama makhluk? Hum..
Ibu Tiri Paksa Makan Pasir dan Lumpur
Reviewed by Unknown
on
Friday, June 27, 2014
Rating:
No comments