Restoran Celahan Kubur di India (9 Gambar)

NEGARA: Restoran Celahan Kubur di India (9 Gambar) | Sebuah restoran di India memberikan pengalaman “menyeramkan” kepada pelanggan yang berkunjung di restoran itu.


Ia menyediakan pengalaman makan di tanah perkuburan apabila restoran itu dibina di atas tapak tanah perkuburan lama. Bagaimanapun, pemilik restoran berkata, tempat itu baik untuk perniagaan.


Restoran New Lucky menampilkan konsep berbeza berbanding restoran lain dengan meletakkan meja makan di sekitar bekas tapak perkuburan Islam lama.

Pemiliknya, Krishan Kutti memutuskan untuk mengekalkan kubur itu bagi menjalankan perniagaannya.

Namun di sebalik ruang dalamannya yang “menyeramkan”, restoran itu menjadi tarikan ramai dan tempat yang popular untuk dikunjungi.


“Tanah perkuburan ini mendatangkan rezeki kepada saya.

Perniagaan meningkat dan berkembang kerananya dan memberikan pengunjung pengalaman yang unik.

“Kami mengekalkan keadaannya asal dan pelanggan nampaknya tidak kisah,” katanya.

Bagaimanapun, Krishan tidak pasti siapa pemilik sebenar tanah perkuburan itu. Beberapa penduduk tempatan mendakwa ia menempatkan perkuburan pengikut ahli Sufi abad ke 16. Terdapat 12 kubur di dalam restoran berkenaan dan ia di kelilingi pagar besi.

Setiap hari sebelum memulakan perniagaan, pekerja restoran menghabiskan masa membersihkan kubur itu dan menghiasnya dengan bunga segar.

“Kami mulakan perniagaan dengan memberi penghormatan kepada kubur berkenaan.








Layan Video..


Restoran Celahan Kubur di India (9 Gambar) Restoran Celahan Kubur di India (9 Gambar) Reviewed by Unknown on Monday, March 24, 2014 Rating: 5

No comments

Post a Comment