Bayi Perempuan Lahir Dua Kepala (3 Gambar)
Bayi Perempuan Lahir Dua Kepala | SONIPAT (India): “YA, laporan ini adalah benar iaitu kami menyambut kelahiran bayi perempuan yang mempunyai dua kepala," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cygnus JK Hindu Hospital, Dr Ashish Sehgal
Beliau memberitahu ABCNews.com menerusi emel: “Bayi perempuan itu hidup dan sihat.”
Sehgal berkata, mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang mempunyai berat 5.3 paun atau 2.40 kilogram menggunakan kaedah pembedahan Caesarean, di hospital berkenaan, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Delhi, Rabu lalu.
The New York Daily News pula melaporkan ibu kepada bayi berkenaan, Urmila Sharma, tidak mampu untuk melakukan ujian ultrasound dan tidak tahu dia akan melahirkan anak kembar siam.
JURURAWAT sedang membetulkan kepala bayi perempuan kembar siam di hospital di Sonipat, India. FOTO Sanjeev Ghangas/Cover Asia Press
Dr Shikha Malik iaitu pakar perubatan yang menyambut kelahiran bayi berkenaan berkata: "Kami hanya tahu mengenai kandungan Urmila dua minggu lalu. Tapi, ketika itu kami tidak dapat berbuat apa-apa."
Sementara itu, mengikut Daily Mail, kembar siam itu mempunyai `dua kepala, dua leher dan dua tulang belakang' tetapi berkongsi satu badan.
Bayi Perempuan Lahir Dua Kepala (3 Gambar)
Reviewed by Unknown
on
Saturday, March 15, 2014
Rating:
No comments