[BERITA] MH370 : Sah Pesawat Dirampas dan Kemungkinan Berada di 2 Lokasi
Saturday March 15, 2014
MH370 : Sah Pesawat Dirampas dan Kemungkinan Berada di 2 Lokasi | Sah, Dato Seri Najib Sahkan pesawat MH370 melalui sidang media tergempar di Hotel Sama-Sama sebentar tadi mendedahkan beberapa perkara penting, juga bersamanya beberapa wakil negara asing.
Tiada motif atau permintaan yang diketahui setakat ini dan tidak pasti secara tepat ke mana kapal berkenaan telah dibawa, kata pegawai berkenaan yang bercakap tanpa mendedahkan namanya kerana dia tidak dibenarkan bercakap kepada media.
Menurut pegawai berkenaan, rampasan kapal terbang bukan lagi setakat teori.
“Ia sudah tidak boleh disangkal,” katanya.
Menurut Dato' Seri Najib, pasukan penyiasat mengesahkan pesawat MH370 terus terbang ketika signal terakhir diterima dari menara kawalan. Pesawat itu juga disahkan melakukan U-Turn ketika di lokasi terakhir tersebut.
Apa yang mengejutkan, komunikasi Pesawat MH370 telah ditutup sebelum melintasi semenanjung Malaysia. Komuniskasi terakhir antara MH370 dengan satelit pada pukul 8.11 pagi, 8 Mac 2014. Walau Bagaimanapun Lokasi terakhir tidak dapat diketahui.
Pencarian tertumpu kepada dua koridor:
UTARA : Sempadan Kazakhstan, Turkmenistan sehingga utara Thai.
SELATAN : Indonesia sehingga Selatan India
Walaubagaimanapun, Pihak berkuasa belum mengesahkan sebarang rampasan Pesawat MH370. Menurut Dato' Seri Najib, Pasukan penyiasat masih menyiasat keseluruhan kemungkinan.
Operasi di Laut China Selatan kini ditamatkan serta merta. Kerajaan juga akan berbincang dengan negara yang terlibat untuk meminta bantuan yang dirasakan perlu.
[BERITA] MH370 : Sah Pesawat Dirampas dan Kemungkinan Berada di 2 Lokasi
Reviewed by Unknown
on
Saturday, March 15, 2014
Rating:
No comments
Post a Comment