18SG - Adik Pertahankan Ibu, Bergelut Dengan Abang (4 Gambar)
Tuesday March 11, 2014
[NGERI] Adik Pertahankan Ibu, Bergelut Dengan Abang (4 Gambar) | CHUKAI – Pelajar terlibat dalam pergelutan dengan abangnya hingga abangnya itu mengalami pendarahan teruk dalam kejadian di Kampung Padang Lalang, Felda Neram 1, Air Putih direman selama dua hari bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, pelajar sebuah institusi kemahiran berusia 21 tahun itu ditahan malam semalam.
Katanya, abangnya yang berusia 31 tahun pula dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan kini sudah sedarkan diri.
“Pisau dirampas dipercayai digunakan dalam pergelutan antara adik beradik ini berukuran 0.3 meter,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, si abang juga penganggur yang naik angin dan cuba memukul ibu kandungnya, alami pendarahan teruk selepas terkena pisau ketika bergelut dengan adik yang cuba mempertahankan ibu mereka.
Lelaki berkenaan yang juga penagih dadah, dikatakan mengamuk selepas permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak dipenuhi ibunya.
18SG - Adik Pertahankan Ibu, Bergelut Dengan Abang (4 Gambar)
Reviewed by Unknown
on
Tuesday, March 11, 2014
Rating:
Parah... sumenya gara2 dadah
ReplyDelete