[SERAM] Jin Bocorkan Banyak Rahsia dan Cerita
Thursday Feb 20, 2014
Mana-mana yang tidak bercanggah dengan syariat mungkin boleh diambil sebagai pengajaran. Dan tidak perlu dihairankan jika jin-jin dan syaitan pun boleh membocorkan rahsia mereka dan memberitahu perkara yang sepatutnya manusia lakukan.
Tidak perlu saya ulas panjang, kepada anda yang masih belum menonton rancangan Dua Dunia ini boleh lah tontonnya dalam video-video yang disertakan di sini, dan banyak lagi boleh didapati di Youtube. Cuma antara hikmah-hikmah yang dapat petik dari keseluruhan video yang sudah saya tonton, antaranya ialah;
1. Jin suka mengganggu manusia yang berfikiran kosong, melamun, tidak suka berzikir dan tidak kuat imannya. Jin sukar untuk mengganggu mereka-mereka yang kuat iman dan sentiasa berzikir kepada Allah SWT.
2. Ramai dari para jin yang mengaku Muslim berpesan agar kita semua menjaga solat 5 waktu dengan sebaik mungkin. Sehinggakan ada jin yang mengatakan , manusia yang tidak solat 5 waktu itu seperti seekor kera.
3. Kebanyakan mala petaka yang menimpa manusia di tempat-tempat yang dikatakan 'KERAS' adalah disebabkan kecuaian dan perbuatan manusia sendiri. Jin sangat marah dan suka mengganggu mereka-mereka yang suka berbuat maksiat dan bermulut celupar di tempat-tempat mereka.
Biasanya jin Muslim yang tidak suka manusia lakukan maksiat di tempat mereka. Sedangkan jin-jin jahat suka mengganggu orang-orang yang belajar agama, yang baik-baik dan seumpamanya. Maka jika tidak berzikir, akan mudah lah jin-jin syaitan itu mengganggu.
4. Jin dapat juga mengganggu mereka-mereka yang belajar agama atau membaca Al-Quran jika sekiranya hati dan niat mereka tidak ikhlas. Mungkin mereka ada hajat keduniaan seperti mahu kesaktian, keramat dan seumpamanya, bukan semata-mata kerana Allah.
5. Hendaklah berdoa betul-betul dan penuh perasaan kepada Allah jika mahu meminta sesuatu. Jangan sesekali minta kepada suatu yang lain walaupun diberitahu itu hanya perantara kepada Allah. Minta terus saja kepada Allah dengan sepenuh hati, dengan sedar hati, insyaAllah Dia akan kabulkan kerana Dia Maha Mendengar lagi Maha Pemurah.
Banyak juga dikorek sejarah dan peristiwa-peristiwa silam.
Dan banyak lagi ....... DI SINI
Allahu a'lam .......
[SERAM] Jin Bocorkan Banyak Rahsia dan Cerita | Alangkah bagusnya kalau Malaysia juga dapat perbanyakkan rancangan seperti rancangan Dua Dunia oleh Trans 7 dari Indonesia ini. Sebuah rancangan yang melawat ke tempat-tempat yang 'keras' dan mempunyai mitos tersendiri di kalangan masyarakat setempat, kemudian membongkar rahsia-rahsia mistik yang terjadi di tempat tersebut.
Dari soal jawab dengan jin-jin yang meresap masuk ke dalam tubuh beberapa orang perantara (mediator), banyak juga rahsia-rahsia alam mereka yang terbongkar , contohnya seperti cara mereka merasuk manusia, apa yang mereka suka dan tidak suka pada manusia, bagaimana kaedah mereka cuba menghasut manusia membuat syirik dan sebagainya.
Jangan percaya 100% kepada apa yang diucapkan oleh jin kerana mereka juga boleh menipu. Sepertimana manusia juga, ada yang jenis menipu dan ada yang tidak. Maka sebab itu di akhir setiap rancangan Dua Dunia ini ada kesimpulan yang dibuat oleh pengamal-pengamal supernatural atau ustaz yang menjadi jemputan khas dalam rancangan ini.
Contoh seperti ini pernah terjadi di zaman Nabi Muhammad SAW pun, dalam peristiwa syaitan memberitahu kelebihan membaca ayat Kursi sebelum tidur kepada Abu Hurairah r.a.
[SERAM] Jin Bocorkan Banyak Rahsia dan Cerita
Reviewed by Unknown
on
Thursday, February 20, 2014
Rating:
No comments